Utusan Borneo (Sabah)

Rozsall jalin kerjasama dengan kolej Australia

Sebagai penyedia atau penyelia latihan di peringkat antarabang­sa

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Rozsall Beauty Academy kini boleh memasuki pasaran antarabang­sa setelah termeterai­nya perjanjian kerjasama dengan Open Colleges Australia.

Pengarah Rozsall Beauty Academy Salina Ali berkata, akademi kecantikan­nya itu dipilih atau dilantik oleh Open Colleges Australia sebagai penyedia atau penyelia latihan di peringkat antarabang­sa.

“Untuk kursus kecantikan, Rozsall adalah akademi yang pertama dilantik mereka dan setelah perjanjian ini dimeterai, Rozsall kini boleh menjalanka­n kursus program kecantikan dengan pengiktira­fan daripada Australian Qualificat­ions Framework (AFQ) secara atas talian.

“Sebelum ini, kita juga penyelia latihan yang diiktiraf oleh Badan Persijilan Antarabang­sa dari United Kingdom iaitu City and Guilds dan Internatio­nal Therapy Examinatio­n Council (ITEC),” katanya selepas majlis penyerahan Sijil Kerjasama daripada Open Colleges Australia, kelmarin.

Salina berkata kini para pekerja juru kecantikan yang tidak mempunyai masa untuk mengambil kursus kecantikan secara sepenuh masa berpeluang mendapatka­n kemahiran itu separa masa dengan belajar secara atas talian.

Katanya sistem pembelajar­an yang digunakan adalah berkonsepk­an ‘pendidikan jarak jauh’ yang mana pelajar boleh mempelajar­i segala topik yang diberikan mengikut keselesaan masing-masing di rumah. Bagaimanap­un, latihan praktikal haruslah dilakukan di Rozsall Beauty Academy.

“Diploma yang diambil secara atas talian ini perlu dihabiskan dalam tempoh 18 bulan yang dibahagika­n kepada tiga semester.

“Kursus ini sesuai kepada para juru kecantikan yang sudah berkerja, diiktiraf tetapi tidak mempunyai masa untuk belajar secara sepenuh masa,” katanya.

Bagaimanap­un katanya, mereka yang ingin membuat pembelajar­an atas talian secara sepenuh masa juga ditawarkan tetapi ia mesti dilakukan di Rozsall Beauty Academy memandangk­an bahan pendidikan dan yang berkaitan dengannya dilakukan secara atas talian.

Pihaknya akan bertindak sebagai penyelia sepanjang tempoh kursus diambil.

“13 Jun 2017 adalah ulangtahun akademi ini sejak penubuhann­ya 10 tahun lalu, akademi ini sudah melahirkan lebih 2,000 juru kecantikan dan usaha menjejak perkembang­an mereka juga dilakukan.

“90 peratus yang menuntut di sini sudah berjaya mendapatka­n pekerjaan dengan gaji tidak kurang daripada RM1,500 sebulan di pusat-pusat kecantikan terkemuka seperti Marie France, True Harmony, Slimming Sanctuary, Slim World, Mandara Spa dan banyak lagi,” katanya.

Katanya selepas ini, Rozsall Beauty Academy akan memberikan fokus kepada pasaran antarabang­sa seperti dinegaraIn­donesia,Vietnam, Thailand, Singapura, China dan Malaysia.

Menurutnya permintaan untuk mendapatka­n pengiktira­fan daripada AQF adalah sangat tinggi khususnya di Indonesia.

“Buat masa ini, kita sudah mempunyai satu rangkaian di Bali, Indonesia yang mana kita sendiri akan menyelia latihan yang dilakukan dan akan dimulakan pada September nanti,” katanya.

Sementara itu, Eksekutif Perniagaan Antarabang­sa Serantau Open Colleges Australia Marie Bennett berkata pihaknya sedang mencari rakan kerjasama untuk pasaran antarabang­sa dan Rozsall Beauty Academy adalah akademi yang pertama dipilih.

Katanya akademi itu kini mempunyai peluang yang besar untuk mengembang­kan perniagaan mereka di rantau Asia dengan menawarkan standard pengiktira­fan AQF.

“Selain itu, kami juga melengkapk­an kursus dengan menawarkan bidang pengurusan kepada para juru kecantikan.

“Mereka boleh mengambil kursus seumpamany­a agar boleh membantu mereka sendiri membuka premis perniagaan sendiri di masa hadapan berdasarka­n pengalaman mereka dalam dunia kecantikan,” katanya.

Menurutnya Open Colleges Australia menawarkan lebih daripada 100 kursus bagaimanap­un, untuk pasaran antarabang­sa hanya beberapa sahaja yang dipilih termasukla­h pengurusan perniagaan, sosial media dan pemasaran, pengurusan projek, sumber manusia, rekaan dalaman dan digital fotografi.

“Kita menawarkan kursus diploma ini sebagai langkah permulaan kepada para pelajar untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di luar negara,” katanya.

“Akademi

kecantikan­nya itu dipilih atau dilantik oleh Open Colleges Australia sebagai penyedia atau penyelia latihan di peringkat antarabang­sa. Untuk kursus kecantikan, Rozsall adalah akademi yang pertama dilantik mereka dan setelah perjanjian ini dimeterai, Rozsall kini boleh menjalanka­n kursus program kecantikan dengan pengiktira­fan daripada Australian Qualificat­ions Framework (AFQ) secara atas talian. SALINA ALI Pengarah Rozsall Beauty Academy

 ??  ?? SALINA (dua kiri) menerima sijil perjanjian kerjasama daripada Marie.
SALINA (dua kiri) menerima sijil perjanjian kerjasama daripada Marie.
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA fasiliti yang ada di Rozsall Beauty Academy.
ANTARA fasiliti yang ada di Rozsall Beauty Academy.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SALINA (kiri) mengalungk­an cendera kenangan kepada Marie.
SALINA (kiri) mengalungk­an cendera kenangan kepada Marie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia