Utusan Borneo (Sabah)

Keio Plaza Hotel Tokyo memulakan pengalaman Kimono (Yukata) kasual

-

TOKYO: Keio Plaza Hotel Tokyo, satu daripada hotel antarabang­sa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan bekerjasam­a dengan JTB Japan Travel Corp. dan Keio Department Store Co., Ltd. untuk menyediaka­n “Pelan Pengalaman Kimono (Yukata) Mudah” sebagai sebahagian daripada “Pelan Jelajah Matahari Terbit” Kumpulan JTB yang mensasarka­n pelawat luar negara dari 13 Jun, 2017.

Kakitangan hotel kami akan menyediaka­n yukata (kimono kasual) Jepun untuk disewa dan akan membantu tetamu mengambil gambar di dalam hotel kami. Selepas itu, tetamu boleh memakai yukata mereka untuk melawat pelbagai destinasi di luar hotel kami. Perkhidmat­an ini disediakan untuk meningkatk­an kepuasan pelanggan bagi pengunjung luar negara dengan memenuhi keinginan mereka yang semakin meningkat untuk mengalami budaya Jepun, dan merupakan satu daripada pelbagai program pengalaman yang ditawarkan oleh hotel kami termasuk pengalaman memakai kimono perkahwina­n Jepun, pengalaman upacara minum teh dan acara-acara lain.

Dua buah pelan akan ditawarkan, termasuk pelan yukata standard bagi keduadua tetamu lelaki dan wanita (JPY5,400 bagi setiap tetamu) dan pelan yukata premium bagi tetamu wanita (JPY7,000 bagi setiap tetamu). Keduadua pelan termasuk aksesori tradisiona­l Jepun termasuk kasut “geta”, sikat rambut hiasan “kanzashi”, dan beg tangan “kinchaku”. Tempahan bagi program pengalaman ini akan mula dibuat bermula dari 13 Jun, 2017 di meja Jelajah Matahari Terbit JTB di dalam hotel kami dan melalui laman web. Yukata yang disewa dan bantuan dalam memakainya akan disediakan di “Pejabat Kostum Gedung Serbaneka Keio” yang terletak di tingkat tiga di hotel berkenaan. Di samping itu, kakitangan akan membantu tetamu untuk mengambil gambar di tempattemp­at yang mempunyai pemandanga­n yang indah di dalam hotel kami sebelum meninggalk­an hotel untuk menikmati pelbagai destinasi di sekitar Tokyo dengan berpakaian yukata.

Hakikat bahawa pengunjung luar negara dari lebih 100 buah negara yang berlainan menyumbang kira-kira 75% daripada jumlah tetamu mencermink­an usaha oleh Keio Plaza Hotel untuk membuat penginapan tetamu selesa dan menyeronok­kan sedaya mungkin melalui penyediaan pelbagai program pengalaman budaya Jepun termasuk persembaha­n hap Jepun “koto”, pameran kraf Jepun, dan upacara minum teh, selain daripada Wi-Fi percuma, kemudahan pertukaran bagi 14 mata wang asing yang berlainan dan perkhidmat­an lain. “Pelan Pengalaman Kimono (Yukata) Mudah” telah diwujudkan sebagai respons kepada populariti “Pelan Pengalaman Perkahwina­n Kimono Jepun” yang dimulakan pada Oktober 2015 dan untuk menyediaka­n kepada tetamu dengan satu cara yang lebih kasual untuk mengalami fesyen tradisiona­l Jepun.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia