Utusan Borneo (Sabah)

Ice Cube ucap terima kasih kepada semua untuk bintang Hollywood

-

PENYANYI rap yang juga bergelar seorang pelakon Ice Cube pada Isnin lepas menerima bintang di Hollywood Walk of Fame di mana beliau mengucapka­n terima kasih kepada semua yang telah membantu kerjayanya dalam muzik dan filem.

Ramai ahli keluarga dan kawan-kawan Ice Cube menghadiri majlis yang diadakan di Hollywood Boulevard itu termasuk Dr. Dre, bekas rakan seperjuang­annya dalam kumpulan rap ‘gangsta’ N.W.A. yang sangat besar pengaruhny­a.

“Anda tahu, anda tidak akan berada di sini dengan sendiri dan apabila anda muncul dengan melakukan muzik, filem, mencuba untuk menjadi kreatif, anda tidak pernah membayangk­an yang suatu hari anda akan berada di Hollywood Walk of Fame,” kata Ice Cube.

“Maka, hari ini bukan hanya mengenai Ice Cube, ia adalah mengenai semua orang yang membantu saya untuk sampai di sini,” tambahnya.

Ice Cube, yang dilahirkan sebagai O’Shea Jackson, mula dikenali pada tahun 1980-an di samping Dr. Dre dalam kumpulan rap berpengaru­h N.W.A., yang menulis banyak lirik lagu untuk album ikonik mereka ‘Straight Outta Compton’.

Selepas meninggalk­an kumpulan itu berikutan pertikaian mengenai bayaran royalti, beliau mengeluark­an album solo berjudul ‘AmeriKKKa’s Most Wanted’ pada 1990.

Penyanyi itu mula berlakon filem pada tahun 1991 dengan watak utama dalam filem oleh John Singleton mengenai kehidupan di kawasan perumahan sesak Los Angeles, ‘Boyz n the Hood’. Sejak itu, beliau telah membintang­i dalam filem-filem seperti ‘Friday’, ‘Barbershop’, dan ‘Three Kings’.

Ice Cube juga merupakan seorang pengeluar untuk filem biopik ‘Straight Outta Compton’, yang mengisahka­n tentang N.W.A. Anak lelakinya, O’Shea Jackson Jr. berlakon sebagai beliau dalam filem itu. — Reuters

 ??  ?? DAPAT BINTANG: Ice Cube (kiri) bergambar bersama Dr. Dre selepas majlis mendedahka­n bintangnya di Hollywood Walk of Fame, Los Angeles pada hari Isnin lepas. — Gambar Reuters
DAPAT BINTANG: Ice Cube (kiri) bergambar bersama Dr. Dre selepas majlis mendedahka­n bintangnya di Hollywood Walk of Fame, Los Angeles pada hari Isnin lepas. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia