Utusan Borneo (Sabah)

Stephanie Andirias juara Sugandoi

Angel, Nera AF9 dan DJ Suga meriahkan Kaamatan Kg Marahang 2017

- Oleh HASSIM HAJI OTHMAN

PENAMPILAN istimewa Miss FB Unduk Ngadau Kaamatan (UNK)DBKK 2017 yang juga Miss BSN dan Top 4 UNK Peringkat Negeri Sabah 2017 Angel M. Mationg dan Queenera Francine (Nera AF9) 2011 menceriaka­n sambutan Pesta Kaamatan Kg. Marahang Tuntul 2017 pada hari Sabtu lalu.

Penyampai radio (Bahasa Kadazan) SabahFM, DJ Suga selaku pengendali program yang berlangsun­g di Balai Raya Kampung Marahang, Papar itu tidak kurang hebatnya turut menghidupk­an suasana Kaamatan yang berlangsun­g seawal jam 11.00 pagi itu dengan celotehnya yang turut menghiburk­an.

Majlis diserikan dengan pelbagai acara antaranya persembaha­n koir, pertanding­an Unduk Ngadau, pertanding­an Sugandoi, Fesyen Kanak-kanak, pertanding­an Makanan Tradisi, cabutan tiket bertuah dan penyampaia­n sumbangan beras daripada Bernas dan Sazarice.

Pada tahun ini Pertanding­an Sugandoi menyaksika­n Stephanie Andirias dinobatkan juara menempatka­n Carloline Wilfred naib johan dan Canneysha Banzamin tempat ketiga.

Dengan kemenangan itu Stephanie meraih hadiah wang tunai RM200 dan piala manakala Carloline (RM150 dan piala) dan Canneysha meraih RM100 dan piala.

Sheryl Aida Pius Alip, 19, pula Unduk Ngadau Kg. Marahang Tuntul 2017 diikuti Ellizlie Timhol Elling, 19, tempat kedua, Eva Chia Xin Er, 18, ketiga, Fenny Binjamis, 17, keempat dan Natasha Chin, 17, tempat kelima.

Juara membawa hadiah wang tunai RM300, piala, sebuah mahkota, selendang, bunga dan produk kecantikan La’Soul, kedua wang tunai RM200, piala dan bunga, ketiga wang tunai RM100, piala dan bunga, keempat RM80, piala dan bunga dan kelima RM60, piala dan bunga.

Pertanding­an Fesyen Kanak-kanak yang disertai 27 kanak-kanak menyaksika­n Valendra Yew Esin meraih johan diikuti Estella kedua, Bressa Angeliska Benjamin ketiga, Mariegrace Elvina keempat dan Nathalie Ruth Nicholas tempat kelima.

Nera yang dijemput untuk menjadi juri pertanding­an Sugandoi dan Unduk Ngadau pada majlis itu

turut tidak menghampak­an penduduk yang hadir memenuhi Balai Raya Kg. Marahang berkenaan dengan dendangan lagu persembaha­nnya ‘Kosorou koh poh nangku doho’.

Malah kerinduan untuk mendengar suara beberapa artis tempatan Sabah kelahiran Kg. Marahang turut terlerai dengan penampilan Nanih Paladus yang menghiburk­an hadirin dengan beberapa buah lagu.

Sambutan Pesta Kaamatan Kg. Marahang Tuntul 2017 berkenaan telah dirasmikan oleh Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Kawang Datuk Juil Nuatim mewakili Adun

 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta yang menyertai pertanding­an Fesyen Kanak-kanak. NERA AF9
SEBAHAGIAN peserta yang menyertai pertanding­an Fesyen Kanak-kanak. NERA AF9
 ??  ?? DATUK Johnney turut menghibur. NANIH Baladus ANGEL memakaikan mahkota kepada juara UNK 2017 Kg. Marahang Sheryl Aida (duduk) di majlis penyampaia­n hadiah itu. 9Bawah) Abgel ditemubual DJ Suga.
DATUK Johnney turut menghibur. NANIH Baladus ANGEL memakaikan mahkota kepada juara UNK 2017 Kg. Marahang Sheryl Aida (duduk) di majlis penyampaia­n hadiah itu. 9Bawah) Abgel ditemubual DJ Suga.
 ??  ??
 ??  ?? Kawang Datuk Haji Ghulam Haidarkhan Bahadar yang turut dihadiri oleh Timbalan Speaker DUN Sabah Datuk Johnney Mositun. STEPHANIE Andirias juara Sugandoi.
Kawang Datuk Haji Ghulam Haidarkhan Bahadar yang turut dihadiri oleh Timbalan Speaker DUN Sabah Datuk Johnney Mositun. STEPHANIE Andirias juara Sugandoi.
 ??  ??
 ??  ?? CANNEYSHA Banzamin ketiga.
CANNEYSHA Banzamin ketiga.
 ??  ?? CAROLINE Wilfred naib johan.
CAROLINE Wilfred naib johan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia