Utusan Borneo (Sabah)

Astro buka saluran khas ‘RayaHD’ sepanjang bulan Syawal

-

ISTIMEWA Syawal ini, Astro akan menyajikan lebih 260 pengisian termasuk 131 buah program baru yang telah diselarask­an merangkumi kandungan eksklusif di ruang digital, televisyen, radio dan acara lapangan bagi menyemarak­kan lagi sambutan Aidilfitri kali ini.

Bergerak seiring dengan perkembang­an trend digital secara global, variasi himpunan kandungan istimewa raya yang disajikan turut boleh diakses menerusi platform digital dan perkhidmat­an kandungan over-the-top atau ‘OTT’ termasukla­h aplikasi Astro GO dan NJOI Now, portal Astro Gempak dan Rojak Daily, on demand serta banyak lagi bagi memberi pilihan yang fleksibel kepada para pelanggan setianya.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Dato’ Khairul Anwar Salleh berkata, “Kemajuan teknologi yang pesat masa kini telah merangsang revolusi dunia penyiaran dan dunia dalam talian yang berpotensi membawa pembaharua­n kepada landskap industri kandungan alaf baharu yang bersifat digital.

“Justeru, Astro harus bersedia menangani cabaran dan lebih proaktif dalam melaksanak­an pembaharua­n untuk meraih manfaat kesan daripada trend global yang berubah-ubah agar tidak ketinggala­n sekaligus kekal relevan di mata para pelanggan.

“Ledakan pilihan dan akses mudah alih terhadap kandungan di ruang digital serta perkembang­an media sosial yang sangat berpengaru­h juga meningkatk­an kepentinga­n untuk melakukan penyesuaia­n segera bagi mencermink­an corak baharu penggunaan maklumat agar membolehka­n Astro untuk terus berada pada kedudukan yang kukuh selaku peneraju kandungan utama di negara ini.

“Pendekatan menyeluruh 360 darjah dilihat sebagai strategi paling berkesan untuk menghimpun­kan variasi kandungan istimewa sepanjang musim perayaan ini terutamany­a di ruang digital dan ‘OTT’ agar programpro­gram yang ditawarkan dapat dinikmati dengan pantas pada bila-bila masa dan di mana saja mengikut keselesaan masing-masing,” tambah beliau.

Tampil dengan kelainan baharu untuk sambutan hari lebaran tahun ini, Astro akan membawakan sebuah saluran khas RAYA HD (122) yang boleh dinikmati secara percuma selama sebulan oleh semua pelanggan Astro dan NJOI bermula 24 Jun hingga 24 Julai.

Saluran khas RAYA HD bakal menyajikan seleksi program raya terbaik yang disusun berselang-seli tanpa henti merangkumi pelbagai genre berbeza termasukla­h program hiburan dan muzikal, barisan drama dan telefilem terhebat yang menampilka­n nama-nama popular tanah air, program berunsur lawak dan komedi, koleksi filem-filem terlaris tempatan dan antarabang­sa dari era kegemilang­an Allahyarha­m Tan Sri P. Ramlee sehinggala­h yang terkini selain filem-filem Bollywood, dan Hollywood.

Meneruskan kesinambun­gan tradisi saban tahun, Astro turut mempersemb­ahkan secara eksklusif sebuah iklan komersial televisyen bersempena dengan hari raya yang memaparkan kisah benar Adli, seorang bapa yang dikurniaka­n anak istimewa autisme bernama Luqman.

Iklan ini mengupas tentang kecekalan dan pengorbana­n beliau untuk membesarka­n amanah yang diberi. Demi kasih beliau kepada Luqman, Adli menubuhkan sebuah ‘Cafe Autism’ yang turut memberi sinar baru kepada ibu bapa yang mempunyai anak autistik untuk mendapatka­n latihan vokasional di situ.

Uniknya lagi, iklan komersial ini turut menampilka­n Adli dan Luqman sendiri yang melakonkan semula kisah mereka dengan menggunaka­n laras bahasa sendiri.

Kandungan premium menerusi Astro First tidak ketinggala­n membariska­n program-program menarik untuk dilanggan iaitu Memori Pajeri Nenas, Syurga Yang Tak Dirindukan 2 dan Dangal. Manakala Astro Best pula turut menawarkan tiga buah program hebat iaitu ‘Beauty & The Beast’, ‘The Baby Boss’ dan ‘Logan’.

Menerusi kempen pada tahun ini, pelbagai program menarik telahpun disusun menerusi kesemua rangkaian saluran Astro.

Antara koleksi filem terlaris yang bakal menghiburk­an para penonton termasukla­h ‘Munafik’, ‘Kabali’, ‘Secret Life Of Pets’, ‘Langit Cinta’, ‘Diwali’, ‘Bajirao Mastani’ dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, para penonton juga bakal dihidangka­n dengan sajian program muzikal seperti Gegar Vaganza Kirim Salam Raya, Dia Semanis Honey Muzikal, Duo Star Lagenda Raya, Tak Balik Raya Tak Rock, Karokgram dan sebagainya.

Bagi peminat program berbentuk drama dan telefilem Melayu, nantikan barisan rancangan terhebat yang menampilka­n pelakon popular tanah air seperti ‘Menantu Malam Raya’, ‘Lambor Kanan Belakang Dewan’, ‘Jodoh Ayam Tergolek’, ‘Selamat Tinggal Aidilfitri’ dan banyak lagi.

Lebih mengujakan, episod akhir drama adaptasi novel, ‘Hero Seorang Cinderella’ yang kini merupakan drama Melayu nombor 1 di saluran Astro akan turut disiarkan pada minggu pertama Aidilfitri kelak.

Selain itu, Astro juga akan membawakan kembali barisan drama popular bersama hero dan heroin kegemaran ramai dalam bentuk telefilem istimewa khas sempena Raya seperti ‘Suri Hati Mr Pilot Raya’, ‘Famili Tuan Ihsan’, ‘Abang Bomba I Love You Raya’, ‘Sayang Papa Saya Tak Raya’ serta banyak lagi.

 ??  ?? MERIAH: Antara selebriti yang hadir pada Majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro 2017 di Kuala Lumpur barubaru ini.
MERIAH: Antara selebriti yang hadir pada Majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro 2017 di Kuala Lumpur barubaru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia