Utusan Borneo (Sabah)

Tarik balik penyertaan tiada kaitan konflik

-

Keputusan S’wak keluar daripada Lembaga Pelanconga­n M’sia sudah dalam perancanga­n sebelum isu timbul SADONG JAYA: Keputusan kerajaan negeri menarik balik penyertaan wakilnya dalam Lembaga Pelanconga­n Malaysia tiada kaitan dengan konflik antara Kementeria­n Pelanconga­n di peringkat persekutua­n dan negeri.

Sebaliknya menurut Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah perkara ini sudah dalam perancanga­n kerajaan negeri sebelum isu ini timbul.

“Memang kerajaan negeri membuat keputusan untuk mengeluark­an wakilnya daripada Lembaga Pelanconga­n Malaysia serta merta hari ini (Isnin) tetapi ini tidak ada kena mengena dengan konflik antara kementeria­n saya dan kementeria­n di peringkat persekutua­n.

“Kita sudah ada entiti kita sendiri iaitu Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB) yang menjalanka­n peranan yang sama dan kita tidak mahu menyalin peranan dan fungsi yang sama oleh Lembaga Pelanconga­n Malaysia,” katanya.

Karim berkata demikian ketika ditemui selepas pelepasan Larian Obor Sukan SEA dan Sukan Para Asean 2017 Peringkat Samarahan di pekarangan Jambatan Batang Sadong dekat sini pada Isnin.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sadong Jaya Aidel Lariwoo dan Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman.

Sementara itu, mengulas isu yang sama, Khairy berharap ia akan dapat diselesaik­an secara baik antara Karim dan Datuk Seri Nazri Aziz selaku Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia.

“Saya percaya Karim dan juga Nazri akan dapat duduk berbincang berkenaan isu ini dan dapat menyelesai­kannya berdasarka­n semangat setia kawan Barisan Nasional (BN).

“Dalam BN kita ada prinsip setia kawan dan tidak perlu isu ini dipanjangk­an di media sebab dasar itu perlu dibincangk­an antara menteri dan menteri.

“Saya bukan Menteri Pelanconga­n tetapi saya boleh komen sebagai pengerusi pemuda BN. Harap isu ini dapat diselesaik­an dengan cara terbaik dengan penuh berhemah,” kata Khairy.

“Memang

kerajaan negeri membuat keputusan untuk mengeluark­an wakilnya daripada Lembaga Pelanconga­n Malaysia serta merta hari ini (Isnin) tetapi ini tidak ada kena mengena dengan konflik antara kementeria­n saya dan kementeria­n di peringkat persekutua­n. DATUK ABDUL KARIM RAHMAN HAMZAH Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

 ??  ?? KARIM (kanan) dan Khairy (kiri) bercakap kepada media selepas pelepasan peserta Larian Obor Sukan SEA 2017 Peringkat Bahagian Samarahan di Jambatan Batang Sadong.
KARIM (kanan) dan Khairy (kiri) bercakap kepada media selepas pelepasan peserta Larian Obor Sukan SEA 2017 Peringkat Bahagian Samarahan di Jambatan Batang Sadong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia