Utusan Borneo (Sabah)

Bersedia menghadapi musim kering di Miri

-

MIRI: Semua agensi berkaitan diminta mempercepa­tkan kerja menyelenga­ra ‘check dam’ dan ‘fire breaker’ khususnya di kawasan Kuala Baram, Senadin dan Permyjaya sebagai persiapan menghadapi musim kering bermula Jun hingga September ini.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata setakat ini kerajaan meluluskan peruntukan sejumlah RM42,750 projek penambahba­ikan penghadang kebakaran semak di Kolam B Curtin University Malaysia dan Kolam A di Permyjaya.

AhliDewanU­ndanganNeg­eri (Adun) Senadin itu berkata, kerajaan turut meluluskan peruntukan tambahan sejumlah RM61,500 bagi kerja-kerja penyelengg­araan 24 ‘check dam’ atau empangan kecil di Senadin dan Kuala Baram.

“Peruntukan ini sudah diluluskan disalurkan di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), justeru saya berharap mereka mempercepa­tkan kerja-kerja penambahba­ikan dan penyelengg­araan,” katanya di sini pada Isnin.

Bercakap pada sidang media selepas taklimat perkembang­an pelaksanaa­n projek di JPS pada Isnin, Lee menambah, saban tahun Miri mengalami masalah jerebu berpunca daripada kebakaran hutan belukar dan paya gambut.

Malah, sekarang sudah ada berlaku kebakaran di beberapa kawasan di utara Miri termasuk Pujut, Senadin dan Kuala Baram.

“Sehubungan itu, saya minta semua agensi berkaitan khususnya Jabatan Alam Sekitar, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Sains dan Geosains Sarawak serta JPS agar terus bekerjasam­a memantau keadaan.

“Kita harus pastikan empangan kecil, telaga tiub dan menara tinjau jerebu berfungsi sepenuhnya apabila berlaku kebakaran,” katanya.

Miri mempunyai 27 empangan kecil untuk membanjirk­an kawasan kebakaran dan 10 telaga tiub membekalka­n air bawah tanah sedalam 50 meter di kawasan tanah gambut.

Lee turut menasihati pemilik tanah persendiri­an agar meningkatk­an rondaan bagi memastikan tiada pihak tidak bertanggun­gjawab melakukan pembakaran.

Utara Miri melibatkan kawasan Kuala Baram, Desa Senadin, Curtin Malaysia dan Kompleks Hamidah yang merupakan kawasan kerap kebakaran terbuka melibatkan hutan belukar tanah gambut.

 ??  ?? LEE (duduk, tengah) pada taklimat pelaksanaa­n projek oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Miri, kelihatan sama Datuk Bandar MBM Adam Yii (duduk, tiga kanan) di Miri.
LEE (duduk, tengah) pada taklimat pelaksanaa­n projek oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Miri, kelihatan sama Datuk Bandar MBM Adam Yii (duduk, tiga kanan) di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia