Utusan Borneo (Sabah)

1,500 tentera, 3,000 polis bertugas semasa cuti Aidilfitri

-

KUCHING: Seramai 1,500 anggota tentera darat, laut dan udara serta 3,000 anggota polis akan ditugaskan untuk beroperasi semasa cuti perayaan Hari Raya Aidifitri yang bakal menjelang.

Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw berkata kira-kira 800 anggota tentera darat akan dikerahkan bertugas di sepanjang sempadan negeri sehingga ke Sabah.

Manakala katanya, anggota tentera laut akan diamanahka­n menjaga perairan Laut Cina Selatan dan tentera udara menjaga ruang udara negeri bagi memastikan keselamata­n negeri ini terus terjamin.

“Walaupun pada musim perayaan, kita tidak boleh mengabaika­n keamanan dan keselamata­n negeri ini khususnya di mana kami akan terus komited mencurahka­n khidmat bakti demi memastikan keamanan serta kedaulatan Sarawak sentiasa terpelihar­a,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena Majlis Sumbangsih Kuih Raya kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis di Kem Penrissen di sini, semalam yang disempurna­kan oleh isteri Ketua Menteri Datin Amar Datuk Juma’ani Tuanku Bujang.

Turut hadir Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Datuk Fatimah Abdullah, Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar dan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor.

Sementara itu, Mazlan berkata anggota polis akan meronda bukan sahaja di lapangan bagi mengekang kegiatan jenayah tetapi juga di jalan raya untuk memastikan semua orang mematuhi peraturan lalu lintas.

“Tiada tambahan anggota dibuat tetapi kita telah merencanak­an jadual tugas khusus untuk melaksanak­an tugas pencegahan jenayah secara bergilir-gilir,” katanya ketika ditemu bual.

Pada masa sama, beliau berkata perangkap had laju juga akan dibuat untuk memastikan semua pengguna jalan raya berhemah dan bertimbang rasa semasa berada di jalan raya.

“Rancang perjalanan supaya tidak tergesa-gesa kerana kita sering melihat banyak kemalangan maut berlaku pada musim perayaan begini,” katanya.

 ??  ?? JUMA’ANI (depan, tengah) bersama Fatimah (depan, tujuh kanan), Stephen (depan, dua kanan), Zaki (depan, tujuh kiri), Mazlan (depan, dua kiri) dan tetamu kehormat lain merakamkan kenangan bersama anggota ATM dan polis sempena Majlis Sumbangsih Kuih Raya...
JUMA’ANI (depan, tengah) bersama Fatimah (depan, tujuh kanan), Stephen (depan, dua kanan), Zaki (depan, tujuh kiri), Mazlan (depan, dua kiri) dan tetamu kehormat lain merakamkan kenangan bersama anggota ATM dan polis sempena Majlis Sumbangsih Kuih Raya...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia