Utusan Borneo (Sabah)

Anggota keselamata­n, penguatkua­saan terus dihargai

-

KUCHING: Kerajaan negeri akan mengagihka­n sebanyak 7,400 bungkusan kuih raya kepada agensi-agensi keselamata­n dan penguatkua­saan di negeri ini, yang bertugas menjaga keamanan negeri semasa Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Datuk Fatimah Abdullah berkata sumbangan tersebut adalah untuk menghargai peranan dan pengorbana­n anggota keselamata­n dan penguatkua­saan terbabit.

Agensi-agensi berkenaan ialah tentera, polis, bomba, penjara, maritim, imigresen, kastam dan Jabatan Pengangkut­an Jalan.

“Sumbangan kuih raya ini adalah sebagai tanda penghargaa­n kerajaan negeri dan rakyat Sarawak terhadap peranan dan pengorbana­n anggota keselamata­n dan penguatkua­saan dalam memikul amanah serta tanggungja­wab tanpa mengira masa untuk bekerja demi memastikan keamanan dan keselamata­n negeri terpelihar­a,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sumbangsih Kuih Raya kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis yang disempurna­kan oleh isteri Ketua Menteri Datin Amar Datuk Juma’ani Tuanku Bujang di Kem Penrissen di sini, pada Isnin.

Hadir bagi menerima sumbangan itu ialah Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar, Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw dan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor.

Menurut Fatimah, sumbangan tersebut adalah program tahunan kerajaan negeri yang dimulakan sejak 1990 melalui Biro Wanita yang kini dikenali Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak.

Katanya, jumlah sumbangan tahun ini adalah bertambah dengan peruntukan RM148,000 berbanding tahun lepas sebanyak 6,500 bungkusan dengan peruntukan RM120,000.

Justeru, katanya tentera akan menerima sebanyak 2,800 bungkusan, polis (1,800), JPJ (150), penjara (300), maritim (950), kastam (300), bomba (800) dan imigresen (300) dengan sebanyak enam jenis kuih dan biskut disediakan iaitu kek hati parek, serunding daging, biskut oat, maruku, kacang Cornflakes dan kek buah.

“Kuih dan biskut raya kali ini adalah disediakan oleh Pergerakan Wanta PBB Semariang, Dewanita DUBS, Persatuan Ibu Tunggal Sarawak, Helwa HIKMAH, Persatuan Wanita India Sarawak, Persekutua­n Perkumpula­n Wanita Sarawak dan pengusaha kek lapis Sarawak,” katanya.

Sementara itu Stephen berkata selain diagihkan kepada anggota tentera darat khususnya yang bertugas di sempadan termasuk anggota tentera laut dan udara, sumbangan kuih dan biskut yang diperolehi itu akan turut dikongsika­n dengan angkatan darat Tentera Nasional Indonesia (TNI).

“Mereka (TNI) merupakan rakan seperjuang­an kita yang bertugas di sempadan dan ini adalah satu cara kita mengekalka­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia