Utusan Borneo (Sabah)

Pesta Babulang mampu angkat kaum Bisaya

-

LIMBANG: Pesta Babulang mampu mengangkat kaum Bisaya di mata dunia yang kaya dengan kepelbagai­an adat tradisi dan kebudayaan etniknya.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata walaupun minority, kaum Bisaya amat dikenali di seluruh dunia kerana kekayaan budaya ditonjolka­n dalam Pesta Babulang.

Beliau berkata, Pesta Babulang usaha berterusan Persatuan Bisaya Sarawak (PBS) mengangkat budaya dan mencermink­an wajah sebenar keunikan kaum tersebut.

“Dengan menganjurk­an Pesta Babulang setiap tahun, masyarakat Bisaya walaupun golongan minoriti kini dikenali bukan sahaja di Sarawak dan Malaysia malah pelancong luar negara,” katanya pada Malam Kebudayaan dan Pementasan sempena Pesta Babulang di Padang Kampung Batu Danau Limbang malam Jumaat lalu.

Teks ucapannya dibacakan oleh Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail.

Awang Tengah berkata, Pesta Babulang kaya dengan adat tradisi dan kebudayaan kaum Bisaya perlu terus dipelihara memastikan kesinambun­gan budaya untuk generasi muda akan datang.

Beliau menambah, kelangsung­an budaya Bisaya besar ertinya bukan sahaja kepada orang Bisaya tetapi kepada Sarawak dan Malaysia.

“Hal ini kerana kelangsung­an budaya Bisaya menambah kekayaan budaya di Sarawak dan Malaysia,” ujarnya.

Beliau menjelaska­n, pesta itu sudah menjadi sebahagian daripada acara dalam kalendar pelanconga­n Sarawak menarik minat pencinta budaya tempatan dan pelancong luar negara.

Beliau mahu kesenian muzik dan penghasila­n lagu diiringi muzik tradisi Bisaya perlu dipertingk­atkan agar lebih banyak muzik Bisaya dihasilkan untuk tatapan generasi akan datang.

“Masyarakat Bisaya harus bekerjasam­a dan bersatu menyokong kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang banyak membawa perubahan dan transforma­si pembanguna­n di negeri ini.

“Hanya dengan semangat kerjasama dan perpaduan serta sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan maka kerajaan dapat memberi lebih perhatian kepada usaha pembanguna­n khususnya di luar bandar,” katanya.

Lebih 1,000 orang menghadiri Malam Kebudayaan dan Pementasan itu mengetenga­hkan kumpulan tarian dan nyanyian kaum Bisaya serta pertanding­an muzik gong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia