Utusan Borneo (Sabah)

Bekalan air paip kurangkan ancaman buaya

-

MIRI: Kira-kira 300 penduduk Kampung Lajong, Kuala Niah sehingga kini masihmengh­arapkanban­tuan kerajaan bagi menyambung bekalan air bersih terus ke rumah mereka.

Walaupun Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) telah berjaya menangkap seekor buaya sepanjang 15 kaki di Sungai Niah berdekatan kampung tersebut pagi kelmarin (Ahad), penduduk masih berasa bimbang dengan kehadiran buaya lain.

Salah seorang penduduk, Masrie Junaidi ketika dihubungi berkata penduduk KampungLaj­ong,KualaNiah masih terpinggir daripada mendapatka­n bekalan air bersih iaitu penyambung­an paip air terus ke rumah.

“Buat masa sekarang, kebanyakan penduduk kampung menggunaka­n pam air di jeti untuk mengepam air sungai bagi keperluan seharian.

“Kami sering melihat kemunculan buaya di kaki jeti terbabit dan amat membahayak­an nyawa penduduk kampung yang mengepam air sungai itu,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Masrie berharap wakil rakyat di kawasan itu dapat turun padang mendengar keluhan masyarakat di sini dan membantu mencari jalan penyelesai­an membuat penyambung­an paip air bersih terus ke rumah.

“Walaupun buaya telah ditangkap seekor, tetapi masih ada lagi buaya lain terdapat di sungai tersebut dan kami tidak mahu perkara tidak diingini berlaku kepada penduduk kampung.

“Saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada SFC serta penduduk kampung atas usaha bersama menangkap buaya tersebut semalam (Isnin),” katanya.

Pada Ahad lalu, SFC berjaya menangkap seekor buaya pada lebih kurang jam 9 pagi setelah tiga hari operasi penangkapa­n buaya dimulakan sejak Jumaat lalu.

Buaya tersebut ditangkap setelah memakan umpan dipasang SFC di sungai itu.

Terdahulu, penduduk kampung sering melihat buaya timbul di kawasan jeti pam air di tepi sungai beberapa minggu lalu lantas meminta jasa baik pihak berkuasa bertindak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia