Utusan Borneo (Sabah)

Tabika KEMAS terima Anugerah Emas Reader’s Digest

- Oleh Adriana Mroon Ambrose Gambar ihsan Sinar Harian

KUALA LUMPUR : Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), muncul sebagai salah satu pemenang, anugerah emas oleh majalah terkenal dunia Reader’s Digest Trusted Brands 2017, bagi kategori Pusat Pembelajar­an Pra-Sekolah Pilihan Pengguna di Malaysia sekaligus menjadikan­nya sebuah institusi pendidikan awal kanak-kanak antara yang terbaik di Malaysia setanding dengan tadika swasta di negara ini.

Pengiktira­fan itu dibuat berdasarka­n daripada undian atas talian yang dijalankan oleh pihak Readers Digest kepada hampir 8,000 orang responden tentang pandangan mereka terhadap sistem pendidikan prasekolah di negara ini.

Dalam kaji selidik undian atas talian tersebut, responden akan menjawab beberapa soalan mengenai dengan budaya amanah, inovasi, mutu dan tanggungja­wab sosial, kebolehper­cayaan, kreadibili­ti, kebolehfah­aman kepada kehendak pengguna merupakan aspek kualiti yang diambilkir­a dalam pengiktira­fan tersebut.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, berkata, melalui pengiktira­fan ini Program Transforma­si Tabika KEMAS mula menunjukka­n hasil yang positif dan membuktika­n Tabika KEMAS mampu menyediaka­n pendidikan dan perkhidmat­an yang setanding dengan tabika swasta.

“Pencapaian ini juga adalah sejajar dengan Sejajar dengan hasrat KKLW menjadikan Tabika KEMAS sebagai pilihan utama ibubapa dengan menyediaka­n pendidikan awal kanakkanak yang berkualiti serta melahirkan modal insan yang unggul mendorong KEMAS untuk terus kehadapan menyumbang kepada pembanguna­n pendidikan di Malaysia,”

“Kejayaan ini juga adalah hasil daripada pelbagai inisiatif pelaksanaa­n Transforma­si Tabika KEMAS yang dilancarka­n pada tahun 2016 melalui 3 modul utama iaitu Program Penghayata­n Pendidikan Islam Kanak-Kanak Tabika KEMAS, Program Pemupukan Semangat Patriotik dan Program Keyakinan Diri,” katanya pada sidang akhbar Bicara Komuniti Dialog TN50@KKLW: Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Berbicara tentang tentang dialog tersebut, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, berkata, pandangan yang diberikan dalam program TN50 ini akan dimasukkan ke dalam Dasar Luar Bandar yang akan dibentang Ogos depan yang dirangka untuk masa kini hingga 2050.

Turut menerima anugerah tersebut ialah dua lagi tabika yang dikendalik­an oleh pihak swasta iaitu tabika Q-Dees dan Smart Readers.

Sehingga kini, KEMAS mempunyai sebanyak 11,229 buah kelas TABIKA dengan bilangan kanak-kanak seramai 220,200 orang kanak-kanak di seluruh Malaysia.

 ??  ?? Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob tidak melepaskan peluang bergambar bersama para tetamu dan pelajar Tabika KEMAS pada Bicara Komuniti Dialog TN50@KKLW: Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Putrajaya, baru-baru ini. Antara cadangan dan pendapat yang diutarakan...
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob tidak melepaskan peluang bergambar bersama para tetamu dan pelajar Tabika KEMAS pada Bicara Komuniti Dialog TN50@KKLW: Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Putrajaya, baru-baru ini. Antara cadangan dan pendapat yang diutarakan...
 ??  ?? Bicara Komuniti Dialog TN50@KKLW: Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang diadakan dalam suasana santai.
Bicara Komuniti Dialog TN50@KKLW: Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang diadakan dalam suasana santai.
 ??  ?? Sifat Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob yang mesra dan penyayang menjadikan beliau mudah didekati pelajar Tabika KEMAS.
Sifat Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob yang mesra dan penyayang menjadikan beliau mudah didekati pelajar Tabika KEMAS.
 ??  ?? Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra bersama salah seorang pelajar Tabika KEMAS.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra bersama salah seorang pelajar Tabika KEMAS.
 ??  ?? Pandangan dan cadangan tetamu Bicara Komuniti Dialog TN50@KKLW: Pendidikan Awal Kanak-Kanak akan dimasukkan ke dalam Dasar Luar Bandar yang akan dibentang Ogos depan
Pandangan dan cadangan tetamu Bicara Komuniti Dialog TN50@KKLW: Pendidikan Awal Kanak-Kanak akan dimasukkan ke dalam Dasar Luar Bandar yang akan dibentang Ogos depan
 ??  ?? Pelajar Tabika KEMAS juga diberi peluang mengutarak­an pendapat dan cadangan pada Bicara Komuniti Dialog TN50@KKLW: Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Pelajar Tabika KEMAS juga diberi peluang mengutarak­an pendapat dan cadangan pada Bicara Komuniti Dialog TN50@KKLW: Pendidikan Awal Kanak-Kanak
 ??  ?? Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Dato’Sri Ismail Sabri Yaakob
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Dato’Sri Ismail Sabri Yaakob

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia