Utusan Borneo (Sabah)

Belia proaktif, negara progresif

Persatuan belia disaran daftar dengan KBS untuk dapatkan akses kemudahan

- Oleh SALMAN ABADI

RANAU: Sukan merupakan antara medium pembentuka­n keperibadi­an dan kecemerlan­gan individu belia atau persatuan kerana belia proaktif negara progresif dan belia mantap negara maju.

Ketua Pemuda Upko Nasional, Arthur Sen merakamkan penghargan dan rasa bangga dengan semangat kesukanan yang ditonjolka­n oleh para belia melalui penganjura­n program seperti Mini Karnival Sukan.

Beliau berucap merasmikan majis penutupan dan penyampaia­n hadiah Program Mini Karnival Sukan Belia di Bangunan Koperasi Sri Jaya Kampung Bongkud, kira-kira 10 kilometer dari sini, baru-baru ini.

Katanya, penglibata­n masyarakat khasnya golongan belia dalam program itu jelas memperliha­tkan semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan para belia di kampung itu.

Bagaimanap­un, beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda Barisan Nasional Malaysia, menasihati persatuan belia di kampung itu agar mendaftar dengan Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) bagi membolehka­n mereka mendapat akses kemudahan peruntukan demi melancarka­n lagi perancanga­n dan pelaksanaa­n pelbagai program atau aktiviti yang akan adakan.

“Tahniah kepada persatuan belia di Kampung Bongkud ini kerana berjaya menganjurk­an program seperti ini dan sememangny­a aktiviti seumpamany­a dapat menimbulka­n suasana muhibah dan merapatkan lagi hubungan silaturahi­m sesama belia.

“Saya sarankan kepada persatuan belia di kampung ini supaya berdaftar dengan Kementeria­n Belia dan Sukan, kita ada Datuk Masiung Banah (Pembantu Menteri Belia dan Sukan) dan sudah pasti kita boleh mohon bantuan melalui beliau (Masiung) apa-apa keperluan berkaitan pembanguna­n belia dan sukan,” kata Arthur Sen.

Pada kesempatan itu, beliau (Arthur) turut menegaskan bahawa betapa pentingnya kesedaran politik belia dan penyertaan mereka dalam politik kerana keterlibat­an belia yang aktif dan cerdik boleh memberi input positif kepada negeri dan negara dalam menentukan dasardasar awam yang baik untuk halatuju negara seperti Tranformas­i Nasional 2050 (TN50).

“Kalau ada perkara yang mahu disuarakan dengan kerajaan, masuklah dalam arena politik dan kita betulkan melalui perbincang­an dan perbahasan, itu lagi berfaedah daripada bercakap di luar misalnya menerusi media sosial yang hanya membuang masa dan tidak ada penyelesai­annya,” ujarnya memberi pandangan.

“Barisan Nasional (BN) di Ranau ini terdiri daripada beberapa parti komponen seperti Upko, PBS dan Umno, anda boleh menyertai manamana parti politik dalam BN supaya buah fikiran atau pendapat dapat disalurkan terus kepada kerajaan,” katanya.

“Saya juga pernah berada dalam usia seperti kalian (belia) dan saya pilih masuk dalam politik serta suarakan semua idea malahan kritikan, dan kerajaan BN terbuka luas menerima buah fikiran kita itu melalui sesi perbahasan atau perbincang­an dan sudah pasti ada penyelesai­an positif di situ,” jelas Arthur Sen.

Beliau menambah, kalau belia mahukan perubahan, libatkan diri dalam politik dan mesti menjadikan diri itu sebagai sebahagian daripada penyelesai­an masalah dan apa yang penting ialah boleh menyumbang dan mengekalka­n keamanan dan kesejahter­aan rakyat di negara ini.

Pelbagai aktiviti sukan diadakan sempena program Mini Karnival itu termasukla­h bola sepak, tarik tali dan sukan motosikal lasak (motor cross).

Turut hadir pada majlis itu ialah James George, Ketua Pemuda UMNO cawangan Bongkud Rayner Bakoi, Ketua Pemuda PBS DUN Paginatan Faustine Thomas, Ketua Kampung Bongkud Bindang Mantakag dan Pengerusi Sukan Motosikal Bongkud, Sarjan Bidi Lapat.

Saya sarankan kepada persatuan belia di kampung ini supaya berdaftar dengan Kementeria­n Belia dan Sukan, kita ada Datuk Masiung Banah (Pembantu Menteri Belia dan Sukan) dan sudah pasti kita boleh mohon bantuan melalui beliau (Masiung) apa-apa keperluan berkaitan pembanguna­n belia dan sukan. ARTHUR SEN Ketua Pemuda Upko Nasional

 ??  ?? ARTHUR Sen (duduk empat kiri) bergambar kenangan bersama sebahagian belia dan penduduk sempena Program Mini Karnival Sukan Belia Kg Bongkud, Ranau.
ARTHUR Sen (duduk empat kiri) bergambar kenangan bersama sebahagian belia dan penduduk sempena Program Mini Karnival Sukan Belia Kg Bongkud, Ranau.
 ??  ?? ARTHUR Sen (berdiri) berucap merasmikan penutupan Program Mini Karnival Sukan Belia Kg Bongkud, Ranau.
ARTHUR Sen (berdiri) berucap merasmikan penutupan Program Mini Karnival Sukan Belia Kg Bongkud, Ranau.
 ??  ?? KETIBAAN Arthur Sen disambut meriah para belia Kg Bongkud.
KETIBAAN Arthur Sen disambut meriah para belia Kg Bongkud.
 ??  ?? ARTHUR Sen (dua kanan) menyampaik­an hadiah kepada wakil pemenang acara sukan yang dipertandi­ngkan.
ARTHUR Sen (dua kanan) menyampaik­an hadiah kepada wakil pemenang acara sukan yang dipertandi­ngkan.
 ??  ?? WAKIL pemenang menerima hadiah disampaika­n Ketua Pemuda UPKO Nasional, Arthur Sen.
WAKIL pemenang menerima hadiah disampaika­n Ketua Pemuda UPKO Nasional, Arthur Sen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia