Utusan Borneo (Sabah)

Eduardo Almeida hampir pasti jadi pengendali baru Melaka United

-

MELAKA: Jurulatih berasal dari Portugal, Eduardo Almeida hampir pasti menyertai pasukan Melaka United (MU) pada pusingan kedua Liga Super yang akan bermula selepas sambutan Aidilfitri nanti.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) Datuk Yusoff Mahadi berkata secara dasar bekas jurulatih T-Team pada musim 2013-2014 itu telah menyatakan persetujua­n secara lisan menerusi perbualan untuk menyertai pasukan MU.

“Beliau (Eduardo Almeida) juga telah menyatakan persetujua­n untuk datang ke Melaka esok dan menyaksika­n perlawanan persahabat­an MU dengan pasukan Negeri Sembilan pada Khamis ini,”katanya ketika dihubungi Bernama kelmarin.

Yusoff berkata beliau juga telah meminta penolong jurulatih, G.Selvamohan memberi penerangan kepada Almeida tentang corak latihan dan permainan pasukan skuad MU.

“Jika beliau bersetuju untuk bersama MU dan boleh terima dengan cara kita maka persatuan tidak ada masalah untuk menandatan­gani kontrak pada hari itu juga,”katanya.

Katanya beliau harap Almeida akan dapat keserasian untuk membimbing pasukan MU dan seterusnya membawa pasukan ke tahap yang lebih baik lagi.

“Kita juga harap beliau (Eduardo Almeida) mampu membuat perubahan pada pasukan nanti dengan mengadakan­perbincang­andengan Selvamohan apa yang perlu diperbaiki bagi memantapka­n lagi pasukan,”Katanya.

Yusoff berkata MUSA faham tugas yang bakal digalas oleh jurulatih baru pasukan bukanlah satu perkara yang mudah kerana beliau perlu membantu pasukan di pertengaha­n musim dan bukanya permulaan musim.

MUSA sebelum ini membuat keputusan untuk memecat ketua jurulatihn­ya Eric Williams dan tiga pemain importnya setelah kecewa dengan aksi hambar pasukan pada pusingan pertama Liga Super. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia