Utusan Borneo (Sabah)

Yew Keat juara Pool Sabah Master

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Loo Yew Keat menjuarai Kejohanan Pool 10-Bola Sabah Master 2017 berakhir di Sheffield Snooker and Billiards Training Centre, KK Taipan, Inanam barubaru ini.

Pemain berpengala­man itu menewaskan jaguh muda Sabah yang juga juara bertahan Kok Jken Yung, dalam perlawanan akhir yang sengit lagi mendebarka­n, sehingga diheret ke set terakhir.

Dalam perlawanan kemuncak itu, Yew Keat bermula agak garang memenangi tiga set pertama sebelum Jken Yung memenangi set keempat untuk kedudukan 3-1.

Yew Keat kemudiaann­ya memenangi set kelima untuk kedudukan 4-1 tetapi Jken Yung mengejar rapat memenangi dua set seterusnya untuk kedudukan 4-3.

Melihat kebangkita­n Jken Yung, Yew Keat menggandak­an usaha dengan memenangi tiga set seterusnya untuk kedudukan 7-3 sebelum kedua-dua pemain silih berganti memenang enam seterusnya untuk kedudukan 7-4, 8-4, 8-5, 9-5, 9-6 dan 10-6.

Kemenangan di set ke16 memberi harapan besar untuk Yew Keat menjuarai kejohanan tahun ini dengan hanya memerlukan satu set untuk menamatkan perlawanan.

Namun demikian, Jken Yung bukan pemain yang mudah dijinakkan. Sebaliknya, pemain berusia 21 tahun ini menggunaka­n segala pengalaman yang ada, semasa mewakili pasukan remaja negara bertanding di peringkat antarabang­sa, untuk memenangi empat seterusnya untuk kedudukan 10-10, seterusnya mengheret perlawanan ke set terakhir sebelum dimenangi oleh Yew Keat untuk keputusan muktamad 11-10.

“Anak muda ini (Jken Yung) tidak mudah patah semangat. Beliau berjuang sehingga ke bidikan terakhir. Sangat mencabar dan cukup mendebatka­n untuk menjuarai pertanding­an ini.

“Apapun saya sangat gembira muncul selaku juara dan berterima kasih kepada semua rakan-rakan peserta yang telah menunjukka­n komitmen tinggi bertanding dengan semangat kesukanan dan disiplin yang tinggi. Terima kasih juga kepada penganjur,” ujar Yew Keat selepas menerima hadiah kejuaraan.

Dalam perlawanan separuh akhir, Yew Keat melakukan kejutan besar dengan menewaskan pemenang pingat perak Sukan Asia GuangZhou 2010 Ibrahim Amir menerusi agregat 11-8.

Manakala Jken Yung mencatat kemenangan mudah 11-4 menyingkir­kan bekas juara sirkit kebangsaan Rasid Mambalusan @ Samy.

Aksi suku akhir pula menyaksika­n Yew Keat menewaskan Sam Loh menerusi agregat 9-6, Jken Yung mengalahka­n Casey Lim menerusi agregat 95, Ibrahim menundukka­n Arbaid Jaalin menerusi agregat 9-6, manakaka Rasid mengenepik­an cabaran pemain muda berbakat Mohammad Almie Mohamad Yakup menerusi aksi sengit berkesudah dengan 9-7.

Selaku juara, Yew Keat menerima wang tunai bernilai RM1,500 berserta trofi, sambil Jken Yung masih boleh tersenyum dengan wang tunai bernilai RM700 berserta trofi manakala Ibrahim dan Rasid masing-masing menerims RM300 berserta trofi.

Empat peserta yang tewas di suku akhir iaitu Sam, Casey, Almie dan Arbaid masing-masing menerima RM150 setiap orang.

Hadiah kepada para pemenangte­lahdisampa­ikan oleh Bendahari Persatuan Snuker dan Biliard Sabah (SSBA) Liau Mun Loong dengan disaksikan oleh presiden SSBA Frankie Kok dan ahli-ahli majlis tertinggi persatuan.

 ??  ?? LIAU Mun Loong (dari kanan) bersama lapan pemain pool terbaik Sabah 2017; Arbaid, Casey, Sam, Rasid, Yew Keat, Jken Yung, Ibrahim dan Alwie.
LIAU Mun Loong (dari kanan) bersama lapan pemain pool terbaik Sabah 2017; Arbaid, Casey, Sam, Rasid, Yew Keat, Jken Yung, Ibrahim dan Alwie.
 ??  ?? LOO Yew Keat (kiri) menerima piala kejuaraan Kejohanan Pool 10-Bola Sabah Master 2017 dari Liau Mun Loong di Sheffield Snooker and Billiards Training Centre, KK Taipan, Inanam baru-baru ini.
LOO Yew Keat (kiri) menerima piala kejuaraan Kejohanan Pool 10-Bola Sabah Master 2017 dari Liau Mun Loong di Sheffield Snooker and Billiards Training Centre, KK Taipan, Inanam baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia