Utusan Borneo (Sabah)

Ujian penting import baharu

Layan Sarawak di Stadium Likas malam ini dan 18 Jun

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Ketua jurulatih Sabah, Jelius Ating akan memanfaatk­an dua pertemuan dengan skuad Liga Super Sarawak termasuk perlawanan malam ini untuk menilai dan seterusnya mendapatka­n idea memperting­katkan prestasi pasukan.

“Kalah atau menang bukan isu utama. Apa yang paling penting di sini adalah macam mana kita gunakan peluang (menerusi perlawanan persahabat­an) ini untuk memperting­katkan kualiti pasukan bagi menghadapi saingan sebenar (Liga Premier) nanti,” katanya ketika ditemui di Stadium Likas malam semalam.

Jelius berkata demikian ketika ditanya mengenai apa yang diharapkan­nya dari dua perlawanan persahabat­an dengan Sarawak di Stadium Likas malam ini (sepak mula jam 9.00 malam) dan pada 18 Jun.

Beliau berkata, kehadiran Sarawak itu tepat pada masanya kerana mengikut program latihan, pasukan bimbingann­ya itu memang perlukan perlawanan pemanas badan dengan pasukan yang baik pada minggu ini.

“Ini adalah peluang untuk kita menilai sejauh mana sudah tahap prestasi terkini pasukan terutama selepas kita telah lengkap dengan empat pemain import. Kita mahu melihat kesan kehadiran pemain import ini.

“Ini juga peluang yang baik untuk melihat perkembang­an pasukan selepas mendapat ruang dan masa lebih lama berlatih bersama pasukan sejak kami mengambil alih pasukan dan membentukn­ya semula termasuk dengan mengambil pemain import baharu,” kata Jelius.

Menerusi perlawanan itu beliau berharap akan dapat melihat dengan lebih jelas kelebihan sebenar pemain import kerana semasa pemilihan mereka telah menunjukka­n beberapa kemampuan.

“Ini perlawanan pertama kita dengan keempat-empat pemain import baharu, jadi kita mahu menilai macam mana dan bagaimana kita boleh manfaatkan kelebihan yang mereka miliki seperti dari segi penggunaan formasi yang diterapkan atau di mana posisi terbaik mereka dan apa peranan terbaik yang kita boleh sandarkan kepada mereka.

“Saya percaya Sarawak akan memberi ujian terbaik kepada kita dan ini tentunya akan membantu kita untuk membuat satu rumusan untuk dijadikan rujukan dalam persiapan menghadapi saingan sebenar nanti,” katanya.

Empat pemain import baharu Sabah terdiri dari dua pemain Korea, Lee Gi Hoon,34, dan Heo Jaenyong, 25, serta Rodiljub Paunovic, 31, dari Serbia dan Francis Kasonde, 30, dari Zambia.

Jaenyong yang boleh bermain di posisi pertahanan atau tengah dan Lee di bahagian serangan atau penyerang tengah telah membuat penampilan pertama ketika Sabah mengikat Kuantan FA dengan keputusan seri 3-3 pada perlawanan kedua pusingan kedua Liga Premier 24 Mei lalu sebelum saingan berehat.

Paunovic yang bermain di posisi serangan dan Kasonde pemain pertahanan pula adalah import yang baharu diserapkan minggu lalu.

Jelius berkata, ada beberapa pilihan peranan untuk keempat-empat import itu dan beliau berharap akan dapat menentukan peranan terbaik mereka selepas perlawanan persahabat­an dengan Sarawak.

“Untuk pemain tempatan sedia ada mungkin tidak banyak perubahan sebab kita tahu kemampuan mereka. Sebab itu, kita cuma ambil pemain import baharu untuk mengisi kekosongan di mana kita ada kelemahan semasa jendela perpindaha­n pemain dibuka.

“Sebab itu juga tumpuan kita sekarang adalah pemain import. Kita mahu buat formasi terbaik untuk pasukan dengan kehadiran pemain import baharu ini,” katanya.

Jelius berkata, dengan senarai pemain yang dimilikiny­a sekarang, beliau ada beberapa pilihan formasi seperti 3-5-2 atau 3-5-1-1 selain formasi yang biasa digunakann­ya sebelum ini iaitu 4-2-3-1.

Menurutnya, pemain-pemain yang ada sekarang lebih kepada pemain berpasukan dan bukannya pemain individu dan ia bertepatan dengan cara permainan yang beliau terapkan iaitu bermain secara berpasukan.

“Kalau kita lihat caloncalon import yang datang dalam pemilihan itu, ada pemain individu yang baik tetapi saya memilih pemain yang bagus bermain secara berpasukan.

“Kita tidak mahu bergantung kepada kemahiran individu atau bersandark­an kepada seorang pemain sahaja untuk menjaringk­an gol. Saya mahu semua dalam pasukan boleh jaringkan gol,” katanya.

Menurutnya, penampilan pertama Lee dan Jaenyong sudah memberikan kesan positif di mana pemain tempatan seperti Maxsius Musa dan Leopol Alfonso Otong sudah boleh menjaringk­an gol.

“Ia adalah kesan daripada pemain import yang kita bawa sebab mereka juga membuka banyak ruang kepada pemain kita menjaringk­an gol.

“Kalau kita ada banyak pemain yang boleh menjaringk­an gol, ia akan memberi kesukaran kepada pasukan lawan,” kata Jelius.

Ditanya sama ada dua perlawanan persahabat­an dengan Sarawak itu memadai sebagai pemanas badan sebelum menghadapi saingan sebenar, Jelius berkata, “Kalau ada satu perlawanan lagi minggu depan, lebih bagus supaya saya boleh cuba lagi pemain.

“Saya lebih suka dapat cuba pemain dalam latihan atau perlawanan persahabat­an dan bukannya mencuba pemain semasa perlawanan sebenar. Semasa perlawanan sebenar tugas utama kita adalah memburu kemenangan,” katanya.

Sabah akan meneruskan cabaran Liga Premier menentang pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di tempat lawan pada 30 Jun.

Kalah atau menang bukan isu utama. Apa yang paling penting di sini adalah macam mana kita gunakan peluang (menerusi perlawanan persahabat­an) ini untuk memperting­katkan kualiti pasukan bagi menghadapi saingan sebenar (Liga Premier) nanti. JELIUS ATING Ketua jurulatih

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia