Utusan Borneo (Sabah)

Iran sahkan satu tempat ke Piala Dunia 2018

-

Sardar Azmoun dan Mehdi Taremi menjaringk­an gol ketika Iran mengesahka­n satu tempat ke Piala Dunia 2018 dengan kemenangan 2-0 ke atas Uzbekistan di Stadium Azadi di sini Isnin lepas.

Ia adalah kemenangan keenam dari lapan perlawanan dalam Kumpulan A, memastikan mereka di tangga teratas dengan 20 mata sementara Korea Selatan di tempat kedua dengan 13 mata menjelang perlawanan lewat menentang Qatar.

Iran masih belum tewas pada pusingan kelayakan ketiga dan terakhir Zon Asia dan juga mereka belum bolos satu gol pun sepanjang kempen kelayakan, menggarisk­an kredibilit­i mereka sebagai gergasi bola sepak Asia.

Isnin lepas, mereka mencipta kemenangan kedua ke atas Uzbekistan dengan Azmoun membuka jaringan pada minit ke-23 selepas menerima umpanan Alireza Jahanbaksh.

Iran jelas menguasai permainan di hadapan penyokong sendiri dan boleh menambah beberapa lagi gol sekiranya jentera seranganny­a lebih berbisa di jentera serangan.

Pada minit ke-48, Taremi dikasari Akmal Shorakhme- dov tetapi tendangan penalti Masoud Shojaei terkena palang.

Uzbekistan gagal mencari rentak permainan dan bolos gol kedua pada minit ke-88 apabila Taremi menyempurn­akan umpanan Azmoun.

Iran bermain di Piala Dunia sebanyak empat kali – pada 1978, 1998, 2006 dan 2014 sementara Uzbekistan memburu kelayakan pertama mereka.

Uzbekistan, dengan 12 mata, masih belum terkeluar dari saingan kelayakan automatik ke Rusia, tetapi harus menang baki dua perlawanan terakhir dan mengharapk­an keputusan lain memihak kepada mereka.

Iran sah menyertai Rusia, selaku tuan rumah Piala Dunia dan juga Brazil pada kejohanan yang berlangsun­g dari 14 Jun hingga 15 Julai 2018. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? QUEIROZ (tengah) menyertai para pemainnya meraikan kejayaan mereka mengesahka­n satu tempat ke Piala Dunia 2018 selepas menewaskan Uzbekistan di Stadium Azadi, Tehran kelmarin.
QUEIROZ (tengah) menyertai para pemainnya meraikan kejayaan mereka mengesahka­n satu tempat ke Piala Dunia 2018 selepas menewaskan Uzbekistan di Stadium Azadi, Tehran kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia