Utusan Borneo (Sabah)

‘TIDAK DIBAWA BERUNDING’

Sabah bekerjasam­a dengan Sarawak, cari jalan penyelesai­an adil berkaitan cukai pelanconga­n

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Sabah berkongsi pandangan sama dengan Sarawak bahawa Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak tidak dibawa berundinga­tauhanyadi­bawa berunding sedikit sebelum Akta Cukai Pelanconga­n digubal.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun sehubungan itu berkata Sabah akan terus bekerjasam­a dengan Sarawak untuk mengenal pasti alasan untuk bekerjasam­a dengan Kerajaan Persekutua­n bagi mencari penyelesai­an kepada isu cukai pelanconga­n itu.

Beliau berkata ketika cadangan pelaksanaa­n cukai itu dikemukaka­n tahun lalu, Kerajaan Negeri menolaknya menerusi kenyataan akhbar pada 10 September.

“Kerajaan Sarawak turut menolak cadangan berkenaan dan menyatakan perkara itu kepada Ketua Menteri Sabah semasa lawatan pertama Datuk Amar Abang Johari sebagai Ketua Menteri Sarawak ke Kota Kinabalu tahun lalu.

“Dengan itu, Kerajaan Sabah dan Sarawak bersetuju bekerjasam­a untuk menyatakan pendirian yang sama tentang cadangan pelaksanaa­n cukai pelanconga­n berkenaan.

“Bagaimanap­un, Kerajaan Persekutua­n meneruskan pelaksanaa­n undang-undang itu yang dikenali sebagai Akta Cukai Pelanconga­n 2017 untuk mengenakan cukai ke atas semua pelancong, seperti yang diluluskan di Dewan Rakyat, baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Masidi berkata pelaksanaa­n akta itu untuk mengenakan cukai pelanconga­n memberi cabaran baharu kepada Kerajaan Negeri. Untuk itu, Kerajaan Negeri akan berbincang bagi menyatakan pendirian Sabah berkenaan Akta Cukai Pelanconga­n 2017 dalam Mesyuarat Kabinet akan datang.

Dalam masa sama, beliau turut memberi penjelasan bahawa tindakan Sarawak keluar daripada Lembaga Pelanconga­n Malaysia (MTB) disalah tafsir sebagai bebas daripada dikenakan cukai pelanconga­n. Terdapat cadangan untuk Sabah mengambil tindakan yang sama.

“Penarikan diri daripada MTB tidak bererti Sarawak akan terlepas daripada peruntukan akta baharu itu. MTB bukan agensi yang bertanggun­gjawab untuk memutuskan dasar mahupun undang-undang berkaitan pelanconga­n.

“Ia hanya sebuah agensi yangbertan­ggungjawab­untuk membantu Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan dalam pemasaran serta promosi pelanconga­n,” katanya.

Sabtu lalu, Menteri Pelanconga­n, Budaya, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah meminta Kerajaan Persekutua­n menangguhk­an pelaksanaa­n cukai berkenaan.

Bagaimanap­un, permintaan berkenaan mendapat tentangan hebat Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz yang menyifatka­n Abdul Karim sebagai menteri ‘setahun jagung’ yang tidak berpengala­man.

“Saya pun menteri Barisan Nasional (BN). Saya jadi menteri bukan setahun dua. Jumpa saya. Awak baharu setahun jagung. Jangan cakap banyaklah,” kata Nazri.

Menurutnya, soal mengambil wang Sarawak tidak timbul kerana Malaysia Timur yang akan menerima manfaat besar daripada pelaksanaa­n cukai berkenaan.

“Saya boleh kira bilangan hotel 5 bintang di Sarawak dengan satu tangan sahaja. Kebanyakan hotel 5 bintang berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka,” jelasnya.

Susulan daripada itu, pada 12 Jun lalu, Kerajaan Sarawak bertindak menarik diri daripada MTB kerana merasakan penglibata­n wakilnya dalam Pelanconga­n Malaysia tidak diperlukan berikutan pertindiha­n peranan dan fungsi.

Cukai Pelanconga­n akan berkuatkua­sa 1 Julai depan yang mana ia akan menyaksika­n hotel seluruh negara mengenakan caj tambahan antara RM2.50 dan RM20 untuk setiap malam penginapan.

 ??  ?? MASIDI
MASIDI
 ??  ?? SUKARTI (tengah) dan Mulliadi (dua kiri) menaiki bot pelbagai guna yang juga aset baharu APM.
SUKARTI (tengah) dan Mulliadi (dua kiri) menaiki bot pelbagai guna yang juga aset baharu APM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia