Utusan Borneo (Sabah)

D Kamarudin anak Sabah ketiga sandang jawatan naib canselor UMS

-

KOTA KINABALU: Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Dr D Kamarudin D Mudin (gambar) dilantik sebagai naib canselor UMS kelima berkuatkua­sa pada 18 Jun 2017.

Kamarudin, 49, bakal menggantik­an Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah yang akan tamat penggal pada 17 Jun ini.

Pelantikan ini sekaligus menjadikan Kamarudin sebagai anak kelahiran Sabah yang ketiga memegang jawatan berkenaan selepas Harun dan Prof Datuk Seri Panglima Dr Kamaruzama­n Ampon.

Anak kelahiran Kota Belud ini adalah Profesor Gred Khas C (Perubatan) dengan kepakaran dalam bidang Anesthesio­logy.

Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan sebelum dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor pada April 2015.

Kamarudin yang mula menyertai UMS pada 2004, sebelum ini berkhidmat bersama Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) di Hospital Queen Elizabeth (HQE) selama 12 tahun.

Pakar bius anak Sabah yang pertama ini menerima pelantikan beliau melalui kenyataan rasmi Kementeria­n Pendidikan Tinggi Malaysia, kelmarin.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia