Utusan Borneo (Sabah)

Aset baharu tingkat keupayaan APM Sabah

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Penambahan aset baharu bantu tingkatkan keupayaan pengurusan bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah.

Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman berkata aset baharu berkenaan termasukla­h lima unit jentera angkut iaitu lori lima tan dan sebuah bot pelbagai guna.

Beliau yakin penambahan asetituaka­nmemudahka­nlagi APM dalam mengendali­kan mangsa bencana serta menguruska­n apa juga kejadian bencana di negeri ini.

Menurutnya aset pemberian kerajaan Persekutua­n itu membabitka­n lori buatan Jerman dan bot buatan New Zealand yang dianggarka­n bernilai RM4 juta.

“Lori baharu ini akan diserahkan di lima daerah iaitu Kota Kinabalu, Kudat, Beaufort, Keningau, dan Tawau manakala bot diserahkan untuk daerah Beaufort.

“Bagi daerah lain, penyerahan aset baharu akan dibuat untuk fasa akan datang,” katanya selepas majlis Penyerahan Kenderaan Operasi dan Logistik Bencana kepada APM Negeri Sabah di sini kelmarin.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata walaupun pembahagia­n dijalankan mengikut daerah namun penggunaan­nya mengikut keperluan.

Sukarti berkata bagi daerahdaer­ah yang berhampira­n, mereka akan berkongsi asetaset berkenaan mengikut keperluan kawasan yang ditimpa bencana.

“Bot yang diserahkan ini, bukan sahaja untuk kegunaan semasa banjir, tetapi apa sahaja kejadian yang berlaku di perairan sama ada lautan atau sungai,” katanya.

Sementara itu, Pengarah APM Negeri Sabah Kol Mulliadi Al-Hamdi Ladin berkataunt­ukfasasete­rusnya kira-kira 10 lori lagi akan dihantar.

Beliau yang juga Ketua Setiausaha Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata penambahan lima lori dijangka diserahkan tahun ini dan lima lagi tahun depan.

“Kita dalam proses untuk menyiapkan setiap lori kerana ia memerlukan pemasangan beberapa bahagian yang diimport,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia