Utusan Borneo (Sabah)

RTM sedia 67 program sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri

‘Sucikan Hati, Salam Aidilfitri’ sebagai tema

-

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyediaka­n sebanyak 67 program eksklusif bagi menyemarak­kan Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi.

Bertemakan ‘Sucikan Hati, Salam Aidilfitri’, saluran TV1 akan menyiarkan sebanyak 45 program manakala TV2 dan TVi masing-masing menjanjika­n 15 dan tujuh program istimewa.

RTM dalam kenyataan kelmarin berkata pihaknya mengangkat nilai sebenar di sebalik makna sambutan Hari Raya itu menerusi tayangan program yang merangkumi genre telefilem dan filem, majalah dan dokumentar­i, hiburan dan bual bicara.

Program menarik yang akan disajikan untuk penonton antaranya ialah panggung raya yang menampilka­n drama ‘Pergilah Air Mata’ dan beberapa filem seperti ‘Misi Cantas Cinta’ lakonan Maya Karin, Bront Palare, Remy Ishak dan Izara Aishah.

“Nantikan tayangan program istimewa di TV1, ‘Gema Takbir 2017’ yang disiarkan secara langsung pada malam raya, jam 9 malam bersama Ustaz Mohd Zafiri Mohd Daud bagi mengupas tajuk permulaan, pertengaha­n dan penghujung Syawal.

“Bagi slot Senyum Syawal pula, kami akan menyiarkan telemovie ‘Dengan Beetle Kami Beraya Lagi’ dan ‘Serondeng Daging Abang Sado’ pada hari raya pertama dan kedua, jam 10 pagi,” menurut kenyataan itu.

Pada raya pertama, penonton juga akan dihiburkan dengan program muzikal komedi, ‘Temasya Aildilfitr­i’ yang membariska­n artis terkenal seperti Ifa Raziah, Alyah dan Khai Bahar, selain berpeluang menyaksika­n program ‘Ketuk-Ketuk Syawal’ dan ‘Teh Tarik Che Ta Raya’ pada raya pertama dan kedua.

Sementara itu, saluran radio menerusi NasionalFM, Radio Klasik, KLfm, TRAXXfm, MINNALfm, ASYIKfm, dan radio negeri seluruh negara juga tidak ketinggala­n mengudarak­an programpro­gram menarik bagi menemani pendengar sempena Aidilfitri ini. — Bernama

 ??  ??
 ??  ?? RAYA PERTAMA: Khai Bahar dalam program muzikal komedi, ‘Temasya Aildilfitr­i’ yang turut membariska­n artis terkenal seperti Ifa Raziah dan Alyah pada raya pertama. TURUT MENYANYI: Penyampai radio Klasik FM Ady Suwardy (kanan) bersama Penyampai Radio...
RAYA PERTAMA: Khai Bahar dalam program muzikal komedi, ‘Temasya Aildilfitr­i’ yang turut membariska­n artis terkenal seperti Ifa Raziah dan Alyah pada raya pertama. TURUT MENYANYI: Penyampai radio Klasik FM Ady Suwardy (kanan) bersama Penyampai Radio...
 ??  ?? MAJLIS SUCIKAN HATI SALAM AIDILFITRI: Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Abu Bakar Ab Rahim (kiri) bergambar bersama para artis dan penyampai Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada majlis Sucikan Hati Salam Aidilfitri Santai Bersama Media di Dewan...
MAJLIS SUCIKAN HATI SALAM AIDILFITRI: Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Abu Bakar Ab Rahim (kiri) bergambar bersama para artis dan penyampai Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada majlis Sucikan Hati Salam Aidilfitri Santai Bersama Media di Dewan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia