Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan bina kuarters transit untuk pemilik tanah terbabit pembinaan Lebuhraya Pan Borneo

Untuk pemilik tanah terbabit pembinaan Lebuhraya Pan Borneo

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Kerajaan bercadang membina kuarters transit untuk pemilik tanah yang terlibat dengan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di negeri ini.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sabah Datuk Amrullah Kamal berkata pendekatan berkenaan sebagai cadangan bagi pemilik yang tidak mempunyai alternatif untuk berpindah.

Setakat ini, pihaknya masih menunggu keputusan agensi pusat sama ada untuk menerima atau tidak cadangan itu selepas ia dikemukaka­n.

“Kita mencadangk­an pembinaan 100 unit kuarters transit bagi menempatka­n mereka yang tidak ada alternatif mungkin disebabkan tiada rumah untuk berpindah.

“Justeru, dengan adanya kuarters transit ini, ia membantu mempercepa­tkan pelaksanaa­n projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa anjuran Borneo Highway PDP Sdn Bhd, di sini, malam Selasa lepas.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin tetamu kehormat bagi mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Amrullah berkata setakat ini, lima daripada 35 pakej projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo sedang giat dilaksanak­an.

Beliau berkata secara keseluruha­n, pembinaan berjalan secara baik selain sedikit kekangan melibatkan tanah yang memiliki rumah.

Sehubungan itu, pihaknya berharap pemilik tanah yang terlibat dapat memberikan kerjasama agar proses pembinaan projek berkenaan berjalan lancar.

“Memandangk­an tanah yang kita akan lalui melibatkan mereka yang memiliki rumah, kita perlu menunggu respon mereka.

“Sekiranya mereka ada tanah di tempat lain, ia lebih memudahkan mereka untuk berpindah selain pemberian pampasan.

“Bagaimanap­un, bagi pemilik tanah yang tidak mempunyai rumah, ia mengambilm­asauntukme­reka berpindah,” jelasnya.

Amrullah berkata kesemua lima pakej yang sedang dilaksanak­an melibatkan jalan sejauh 75 kilometer dengan peruntukan berjumlah RM1.17 bilion.

Menurutnya setiap pemilik tanah yang berada di jajaran sepanjang 706 kilometer bagi 35 pakej projek perlu memberikan kerjasama bagi memastikan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo siap pada 2021.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah Datuk Safar Untong berkata tanah yang terlibat di bawah projek Pan Borneo diambil balik melalui Seksyen 3 Ordinan Pengambila­n Tanah.

“Kita akan menilai tanah dan bangunan yang terlibat untuk pemberian pampasan mengikut nilai semasa tanah berkenaan.

“Ada pemilik tanah yang mengemukak­an rayuan berhubung perkara ini, dan kita akan menangani rayuan berkenaan dengan sebaiknya,” katanya.

Beliau berkata setakat ini sudah ramai bersetuju untuk berpindah dan majlis penyerahan surat tawaran pampasan turut diadakan bersama pemilik tanah yang terlibat.

Pengarah Urusan Borneo Highway PDP Sdn Bhd Shahelmy Yahya berkata lima pakej yang dijalankan sekarang termasukla­h projek jalan Papar-Donggongon, Tawau-Semporna, Lahad Datu Bypass, SinduminKa­mpung Mililia, dan Kampung Laut Batu 32 Sandakan.

Bagi 30 pakej yang lain katanya, tender akan dipanggil secara berperingk­at bermula bulan Jun sehingga Disember tahun ini.

Bagaimanap­un, bagi pemilik tanah yang tidak mempunyai rumah, ia mengambil masa untuk mereka berpindah. DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN Timbalan Menteri Kerja Raya

 ??  ?? ROSNAH (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada penerima pada majlis itu sambil diperhatik­an Amrullah (dua kiri), safar (kiri) dan tetamu jemputan lain.
ROSNAH (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada penerima pada majlis itu sambil diperhatik­an Amrullah (dua kiri), safar (kiri) dan tetamu jemputan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia