Utusan Borneo (Sabah)

Penerbanga­n MH725 alami kerosakan tayar, selamat mendarat di Jakarta

-

KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Malaysia Airlines penerbanga­n MH725 dari Kuala Lumpur mengalami kerosakan tayar ketika mendarat di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta Airport di tengah-tengah hujan lebat tetapi pesawat itu mendarat dengan selamat.

Menurut kenyataan yang disiarkan oleh syarikat penerbanga­n itu menerusi laman Facebook, tiada penumpang atau anak kapal yang cedera.

“Malaysia Airlines memohon maaf atas sebarang kesulitan dan kelewatan untuk pelanggan kami berkaitan insiden ini,” kata kenyataan itu.

Syarikat penerbanga­n itu berkata ia sedang bekerjasam­a dengan pihak berkuasa lapangan terbang untuk memberi segala bantuan dan memastikan kesejahter­aan semua penumpang dan krew.

Susulan insiden itu, penerbanga­n balik, MH724 dari Jakarta ke Kuala Lumpur, yang dijadualka­n berlepas pada 7.50 malam pada 13 Jun telah dibatalkan.

Penumpang akan dipindahka­n ke penerbanga­n lain, kata kenyataan itu. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia