Utusan Borneo (Sabah)

Mayat nelayan hilang ditemukan

Sehari selepas bot dijumpai tersadai

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Seorang nelayan yang dilaporkan hilang tengahari Selasa ditemukan mati lemas pada jam 7 pagi kelmarin di Kuala Sungai Paitan, Beluran.

Mangsa Amiruddin Jakariah, 37, dikatakan keluar ke laut seorang diri untuk memukat ikan pada Isnin lepas dan tidak pulang ke rumah sehingga Selasa sebelum ahli keluargany­a membuat laporan polis.

Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim Sandakan (DM17) telah mengaktifk­an operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 12.45 tengahari Selasa seterusnya menggerakk­an sebuah bot ke lokasi dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta penduduk Kampung Babago.

Timbalan Pengarah Operasi DM17 Komander Maritim Mohd Khairul Anuar Abd Majid berkata seorang penduduk kampung yang dalam perjalanan pulang dari mencari ketam ada terlihat bot mangsa di kuala Sungai Sidi pada jam 10 malam Isnin lepas namun tidak menyinggah kerana menyangkak­an mangsa tidur di dalam bot berkenaan.

Beliau berkata pasukan SAR membuat pencarian di kawasan bot mangsa dijumpai sebelum mayatnya ditemukan oleh penduduk kampung pagi kelmarin.

“Mayat seterusnya dituntut oleh ahli keluarga mangsa dan SAR ditamatkan pada jam 8 pagi kelmarin,” katanya.

Sementara itu, lima anggota JBPM dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan serta Kinabatang­an telah menyertai operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Penguasa JBPM Zon Sandakan Anddre Andrew berkata mayat mangsa dijumpai di kawasan pinggir bakau lebih kurang 100 meter dari tempat kejadian kira-kira jam 7.05 pagi.

Selain itu, Agensi Bantuan Polis dan orang awam yang berada di tempat kejadian turut membantu operasi berkenaan.

 ??  ?? AMIRUDDIN JAKARIAH
AMIRUDDIN JAKARIAH
 ??  ?? ANGGOTA operasi mengusung mayat mangsa sebelum diserahkan kepada
ANGGOTA operasi mengusung mayat mangsa sebelum diserahkan kepada
 ??  ?? BOT mangsa yang ditemukan tersadai pada Selasa.
BOT mangsa yang ditemukan tersadai pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia