Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki terjun laut dirujuk ke Hospital Mesra

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang bertindak terjun ke dalam laut di Taman Awam Teluk Likas dalam keadaan berbogel telah dirujuk ke Hospital Mesra Bukit Padang untuk pemeriksaa­n psikiatri.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata pihaknya mendapat maklumat awal berkenaan kejadian daripada orang awam kira-kira jam 2.40 petang Selasa lalu sebelum mengarahka­n anggotanya ke lokasi kejadian.

Katanya mangsa yang bertindak terjun ke dalam laut dalam keadaan berbogel kemudianny­a dilihat berenang ke dalam laut di Tanjung Lipat sehingga menghilang di tengah lautan.

“Selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilaksanak­an di lokasi kejadian oleh anggota Polis Gerakan Marin dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), mangsa kemudianny­a ditemukan di tepi pagar Masjid Bandaraya di sini.

“Mangsa yang berada dalam keadaan selamat kemudianny­a dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 2 untuk mendapatka­n rawatan selanjutny­a,” katanya sambil menambah, mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil.

Chandra berkata hasil siasatan lanjut terhadap mangsa mendapati mangsa bertindak terjun ke dalam laut selepas mendakwa mendengar suara menyuruhny­a pulang ke rumah.

“Mangsa juga mengakui terjun ke dalam laut untuk pulang ke rumahnya di Pulau Gaya sebelum naik ke darat dan pergi ke lokasi mangsa dijumpakan,” katanya.

Menurutnya mangsa yang terlibat dengan penyalahgu­naan dadah kemudianny­a dirujuk ke Hospital Mesra Bukit Padang untuk pemeriksaa­n psikiatri serta pemantauan berterusan.

 ??  ?? MANGSA ditemukan di tepi pagar Masjid Bandaraya.
MANGSA ditemukan di tepi pagar Masjid Bandaraya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia