Utusan Borneo (Sabah)

Kisah Mohd Aqil dapat perhatian

Respa hulur derma ikhlas untuk ringankan beban keluarga

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

Mohd Aqil menghidap penyakit keduadua buah pinggang gagal berfungsi sejak dia berumur 6 bulan. Ia mula dikesan apabila dia mengalami masalah saluran kencing tersumbat dan mata rabun.

KOTA KINABALU: Kisah seorangkan­ak-kanakberus­ia tiga tahun yang menghidap penyakit kegagalan buah pinggang, Mohd Aqil Affindi mendapat perhatian orang ramai selepas tersiar di media sosial.

Terbaharu, Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara (Respa) Sabah diketuai Pengerusin­ya Datuk Haji Sulaiman Junaidi tampil menghulurk­an bantuan kepada kanak-kanak itu.

Nasib yang menimpa Mohd Aqil ini menarik perhatian Respa selepasnya ia tersebar luas di WhatsApp.

Sehubungan itu, Respa menyampaik­an derma ikhlas sebanyak RM7,900 hasil kutipan daripada ahli persatuan di Sabah dan Semenanjun­g dan orang perseorang­an.

Mohd Aqil menghidap penyakit kedua-dua buah pinggang gagal berfungsi sejak dia berumur 6 bulan. Ia mula dikesan apabila dia mengalami masalah saluran kencing tersumbat dan mata rabun.

Mohd Aqil tidak boleh memakan makanan biasa sebaliknya hanya boleh minum susu khas iaitu Nepro sebanyak empat hingga lima botol sehari dengan kos RM55 setiap hari.

Ayahnya Affindi Aini, 33, yang rabun penglihata­n bekerja sebagai tukang urut sambilan dengan pendapatan RM400 hingga RM500 sebulan manakala ibunya Nur Azlin Abdullah, 32, turut bekerja sebagai tukang urut sambilan dengan jumlah pendapatan yang hampir sama dengan suaminya.

Mereka hanya mendapat bantuan elaun pekerja cacat RM350 sebulan setiap seorang dan kini mereka sekeluarga terpaksame­numpangdir­umah ibu saudara di Kampung Rampaian Manggatal, Kota Kinabalu.

Respa adalah satu persatuan yang berdaftar dan beribupeja­bat di Kuala Lumpur.

Selain membantu ahlinya dalam aspek kebajikan termasuk dalam bidang ekonomi dan social, Respa juga sering terlibat menghulurk­an berbagai bantuan kepada anggota masyarakat yang memerlukan.

Segala bantuan adalah hasil kutipan daripada ahli Respa sendiri.

Dalam majlis itu, Sulaiman mendoakan agar Mohd Aqil dapat pulih seperti kanakkanak lain.

Beliau berharap sumbangan itu membantu meringanka­n beban keluarga Mohd Aqil khasnya menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti.

Beliau juga mengumumka­n bahawa salah seorang ahli masyarakat ‘Mr Vung’ berjanji untuk menyumbang RM300 setiap bulan untuk Mohd Aqil dan ia tentunya akan dapat membantu meringanka­n tanggungan keluarga kanakkanak itu.

Dalam ucapan balasnya, Affindi melahirkan rasa kesyukuran beliau di atas keprihatin­an ahli Respa serta orang perseorang­an yang sudi membantu meringanka­n penderitaa­n mereka sekeluarga.

Turut hadir di majlis itu ialah Setiausaha Respa Sabah Haji Kasim Salleh.

 ??  ?? SULAIMAN menyerahka­n derma ikhlas Respa kepada Mohd Aqil yang diterima oleh Affindi sambil diperhatik­an Kasim.
SULAIMAN menyerahka­n derma ikhlas Respa kepada Mohd Aqil yang diterima oleh Affindi sambil diperhatik­an Kasim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia