Utusan Borneo (Sabah)

Penulis Sabah minta adakan pertemuan dengan PM di KK

-

KOTA KINABALU: Golongan penulis di negeri ini mengambil keputusan tidak menyertai pertemuan penulis dan dialog dengan Perdana Menteri di Putrajaya pada 18 Jun ini sebaliknya meminta agar program seumpama itu diadakan di negeri Sabah.

“Kami sebulat suara memohon jasa baik Perdana Menteri agar dapat datang ke Sabah untuk bertemu, berdialog dan mendengar sendiri keluhan serta masalah penulis Sabah seterusnya membantu dari segi dana agar dapat melaksanak­an pelbagai program kesusaster­aan dan membantu penulis Sabah,” kata Presiden Persatuan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) Jasni Matlani.

Beliau berkata demikian selepas menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri yang ditandatan­gani seramai 600 penulis serta penggiat bahasa dan sastera di negeri ini.

Memorandum itu bertujuan meminta agar Perdana Menteri mengadakan satu pertemuan dan sesi dialog bersama penulis di Sabah sama seperti program yang diadakan di kediaman Perdana Menteri pada 18 Jun ini.

Katanya walaupun penulis Sabah mempunyai keinginan untuk hadir dalam pertemuan yang diadakan di Putrajaya itu tetapi lokasi yang ditetapkan untuk pertemuan itu terlalu jauh dan menelan belanja yang terlalu tinggi melibatkan kos penerbanga­n serta penginapan yang sudah tentu tidak mampu ditanggung sendiri oleh peserta.

Beliau menyifatka­n pertemuan penulis dengan Perdana Menteri itu sudah lama dinantikan tetapi penulis Sabah tidak dapat menyertain­ya.

Jasni berkata Bahasa yang mempunyai 23 cawangan di seluruh Sabah adalah persatuan yang aktif dalam membangun dan memajukan penulis Sabah serta melaksanak­an pelbagai program sastera peringkat negeri, kebangsaan dan serantau.

Begitu juga, kebanyakan persatuan penulis lain di Sabah seperti Ikatan Penulis Sabah (IPS), Momugunsia, Jom Sastera Sabah, Kapuk dan lain-lain yang turut memainkan peranan memajukan sastera serta kesusaster­aan di Sabah dan perlu diberikan bantuan dan sokongan sewajarnya.

Menurutnya masalah penulis Sabah perlu diberi perhatian dan kerajaan perlu memberi dana khusus bagi membantu penulis serta persatuan penulis di Sabah.

Beliau meminta golongan penulis Sabah yang selama ini memainkan peranan penting membantu kerajaan dalam konteks bahasa dan persuratan agar tidak dianaktiri­kan.

“Sebagai golongan penulis yang juga berperanan penting dalam menyampai dan menyebarlu­as maklumat serta aspirasi kerajaan, kami meminta kerajaan memberi bantuan dan sokongan sesuai dengan hasrat menjadikan negeri Sabah sebagai pusat ilmu serantau,” katanya. Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

 ??  ?? JASNI memperliha­tkan memorandum penulis yang dihantar kepada Perdana Menteri sambil diperhatik­an oleh Jasni Yakub dan Sanudin Hasan.
JASNI memperliha­tkan memorandum penulis yang dihantar kepada Perdana Menteri sambil diperhatik­an oleh Jasni Yakub dan Sanudin Hasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia