Utusan Borneo (Sabah)

101 terima sumbangan Ramadan

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Seramai 101 orang telah menerima sumbangan pada Majlis Berbuka Puasa dan Jelajah Ramadan RTM yang berlangsun­g di Dewan Kampung Air, Karamuntin­g di sini pada Selasa.

Dalam ucapannya, Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin berkata sumbangan berbentuk beras dan duit raya yang diberikan kepada golongan wanita kurang berkemampu­an itu diharap dapat meringanka­n beban mereka menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Beliau juga menasihatk­an kaum wanita terutama golongan ibu agar berhemat dalam membuat persiapan bagi mengelak pembaziran.

Sementara itu, Ketua Wanita Umno Batu Sapi Rahimah Asrah berkata ia merupakan tahun ketiga mereka bekerjasam­a dengan Pejabat Parlimen Batu Sapi bagi menganjurk­an program seumpama itu.

Katanya penganjura­n kali ini yang melibatkan Sandakan FM amat bermakna kerana ia mampu mengeratka­n hubungan silaturahi­m di antara golongan wanita dan kakitangan RTM.

Dalam masa yang sama, keduadua pihak dapat bertukartu­kar pandangan dan pendapat berhubung isu-isu semasa.

Menurutnya Wanita Umno Batu Sapi melalui Juwita akan sentiasa berusaha membantu golongan wanita terutama ibu tunggal untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.

Terdahulu, pada sebelah pagi, kakitangan­SandakanFM­bersama ibu tunggal dan Juwita Parlimen Batu Sapi telah bergotongr­oyong memasak bubur lambuk sebelum diagih-agihkan kepada pengguna jalan raya di sekitar Batu Sapi.

Hadir sama, Pengarah Penyiaran Sabah Haji Ali Ngasio danPenguru­sPenyiaran­Sandakan FM Anissah Md Yunos.

 ??  ?? LINDA (tengah) menyampaik­an sumbangan pada Majlis Berbuka Puasa & Jelajah Ramadan RTM di Kampung Air.
LINDA (tengah) menyampaik­an sumbangan pada Majlis Berbuka Puasa & Jelajah Ramadan RTM di Kampung Air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia