Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki kena dua tahun

Cuba curi tong gas sebuah restoran

-

KOTAKINABA­LU:Seorang lelaki yang cuba mencuri tong gas dikenakan penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini kelmarin.

Mohammed Khadurie Mohd Pennin dijatuhkan hukuman itu oleh Majistret Jessica Ombou Kakayun selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan, boleh dikenakan penjara maksimum lima tahun atau dengan denda.

Tertuduh mencuri tong gas berkenaan milik sebuah restoran, di Putatan, pada 7 Mei tahun ini jam 4 pagi.

Berdasarka­n fakta kes, pada hari sama pengadu dimaklumka­n oleh pekerjanya mengenai kejadian terbabit.

Hasil siasatan, pekerja berkenaan mendengar bunyi seperti seorang sedang mencuri tong gas yang diletakkan di belakang restoran berkenaan.

Beliau kemudianny­a bangun dan melihat tertuduh yang dikenali sebagai Duri cuba mengangkat tong berkenaan.

Dalam pada itu, mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap, pada 11 Mei.

Sementara itu, seorang lelaki dikenakan penjara 48 bulan oleh mahkamah atas kesalahan memiliki syabu seberat 4.39 gram.

Sudi Asdali dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Hukuman yang diperuntuk­kan, denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga tempoh dua tahun.

Tertuduh yang berkelakua­n mencurigak­an ditangkap oleh pihak polis pada 22 Februari tahun ini jam 6 petang, di hadapan sebuah rumah di Likas, di sini.

Semasa rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringanka­n kerana mempunyai enam anak yang perlu ditanggung.

Tertuduh mencuri tong gas berkenaan milik sebuah restoran, di Putatan, pada 7 Mei tahun ini jam 4 pagi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia