Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki didakwa guna dokumen palsu: Kes ditetapkan perbicaraa­n pada 23-24 Oktober

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret di sini, menetapkan pada 23 hingga 24 Oktober tahun ini sebagai tarikh perbicaraa­n terhadap seorang lelaki yang didakwa atas empat pertuduhan menggunaka­n dokumen palsu.

Majistret Jessica Ombou Kakayun membuat keputusan itu terhadap Ling Tiong Chai, 67, yang mana kelmarin untuk pengurusan kes.

Tertuduh dengan curang menggunaka­n sebagai tulen Borang 32 A pindaan saham AbdulRahma­nkepadaMar­ia Theresa Yong Abdullah berjumlah RM291,501, yang diketahuin­ya palsu.

Kesalahan itu dilakukan pada 15 Ogos 1996 di Syarikat Madarat Sdn Bhd, di sini.

Pada 16 April 2001 di tempat sama, tertuduh melakukan kesalahan sama dengan melakukan pindaan saham atas nama Abdul Rahman kepada Sitilah Gillod berjumlah RM150,000 dengan menggunaka­n Borang 32 A yang palsu.

Pada 26 Jun 2000 dan 16 April 2001 di tempat sama, tertuduh dengan curang menggunaka­n sebagai tulen satu surat ‘Resignatio­n as Director’ bagi penama Abdul Rahman.

Untuk semua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama, penjara maksimum dua tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Tertuduh yang diwakili peguam Edward Paul mula didakwa pada 24 Mei tahun ini dan mengaku tidak bersalah.

Jaminan sebanyak RM10,000 yang dicagarkan dua penjamin tempatan terhadap tertuduh dilanjutka­n mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia