Utusan Borneo (Sabah)

Mencederak­an: Lelaki didenda RM2,000

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang mencederak­an seorang lelaki di sebuah premis hiburan, dikenakan denda sebanyak RM2,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kelmarin.

Majistret Jessica Ombou Kakayun membuat keputusan itu terhadap Sim Pei Kiang, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksana.

Hukuman yang diperuntuk­kan penjara maksimum setahun dan denda sehingga RM2,000, atau dengan kedua-duanya sekali.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan itu pada 7 Januari tahun ini jam 1 pagi, di sebuah karaoke di Bundusan.

Mengikut fakta kes, pada 11 Januari satu laporan polis dibuat oleh pengadu yang mengatakan, dicederaka­n oleh seorang lelaki kerana berlaku salah faham.

Kejadian berlaku akibat pengadu membawa teman wanita tertuduh keluar.

Hasil siasatan, tertuduh mengaku menumbuk pengadu sehingga luka di muka dan kening, yang menyebabka­n pengadu menerima rawatan di hospital.

Tertuduh mengatakan bertindak demikian kerana dalam keadaan mabuk dan marah.

Semasa rayuan, Shim yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringanka­n dan menyatakan kesalahan pertama.

“Saya kecewa dengan perbuatan yang sudah dilakukan,” katanya yang berdiri di dalam kandang tertuduh.

Sementara itu, seorang lagi lelaki didakwa atas pertuduhan mengugut akan mendatangk­an kecederaan terhadap isterinya.

Chong Su Fatt@Peter didakwa melakukan kesalahan itu sehingga menimbulka­n kegusaran kepada mangsa, pada 5 Jun tahun ini jam 2.30 pagi, di Country Height Apartment, Penampang.

Bagaimanap­un tertuduh tidak mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan mahkamah menetapkan pada 18 Julai depan sebagai sebutan semula kes.

Sementara menunggu kes berkenaan selesai, mahkamah membenarka­n tertuduh diberikan ikat jamin sebanyak RM1,300 yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia