Utusan Borneo (Sabah)

‘Tidak bersekongk­ol perbuatan jenayah’ KPN tidak akan lindungi dirinya, keluarga jika terbabit kegiatan salah

-

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak akan melindungi diri sendiri dan keluargany­a sekiranya ada bukti pembabitan mereka dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang.

Khalid berkata beliau tidak akan bersekongk­ol dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang dan akan memberi kerjasama penuh dengan pasukan siasatan sekiranya dakwaan berkenaan disiasat.

“Orang kenal saya serta ahli keluarga saya dan sekiranya mereka (keluarga saya) ada melakukan ‘illegal activity’ (kegiatan haram) mereka kena jawab,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Op Selamat 11/2017 bersempena Aidilfitri 2017 di Menara TM di sini, kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan portal Sarawak Report yangmendak­waK.Gopinathan iaitu suspek kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram di sekitar Melaka mempunyai hubungan dengan Khalid dan anggota keluargany­a.

Khalid mengakui beliau serta anggota keluargany­a kenal serta rapat dengan Gopinathan.

“Apa yang saya tahu Sarawak Report mempunyai niat jahat terhadap saya dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana banyak tohmahan serta tuduhan dibuat oleh mereka adalah tidak berasas,” katanya.

Selain itu, Khalid berkata pihak polis akan memberi kerjasama penuh dengan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kegiatan judi haram dan rumah urut di Melaka.

Isnin lepas, Portal Berita Sarawak Report melaporkan Gopinathan yang didakwa menjadi orang tengah mengutip wang perlindung­an dikatakan mempunyai kaitan dengan Khalid serta anggota keluargany­a.

Portal itu turut memaparkan dakwaan kononnya terdapat rekod panggilan telefon yang dibuat oleh Gopinathan kepada Khalid serta anaknya Khairul Amri.

Sementara itu, Khalid berkata editor dan pengasas portal Sarawak Report Claire Rewcastle-Brown perlu tampil mengemukak­an bukti dakwaan yang dibuat dalam pelbagai isu termasuk terhadap PDRM.

“Kalau apa yang dicakapkan betul, datang dan beri bukti serta dokumen,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, ketika ditanya mengenai penemuanwa­ngtunaiseb­anyak US$120,000 dalam pemilikan abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam ketika pembunuhan­nya, Khalid mengesahka­n penemuan itu namun enggan mengesahka­n jumlah wang itu.

“Ada sejumlah wang ditemukan daripada mangsa cuma saya tidak mahu sahkan jumlah, jangan percaya media asing,” katanya.

Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, dibunuh di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), 13 Feb lepas. -Bernama

“Orang kenal saya serta ahli keluarga saya dan sekiranya mereka (keluarga saya) ada melakukan ‘illegal activity’ (kegiatan haram) mereka kena jawab. TAN SRI KHALID ABU BAKAR Ketua Polis Negara

 ??  ?? KHALID melancarka­n Op Selamat 11 sempena Aidilfitri di Menara TM kelmarin. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia Berhad (TM) Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly (tiga, kiri). GambarBern­ama
KHALID melancarka­n Op Selamat 11 sempena Aidilfitri di Menara TM kelmarin. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia Berhad (TM) Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly (tiga, kiri). GambarBern­ama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia