Utusan Borneo (Sabah)

Rangka Nuri yang tular di media sosial adalah barangan dilupus

-

KUALA LUMPUR: Gambar rangka Helikopter Nuri M2315 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang tular di media sosial adalah barangan dilupus dan ia ditempatka­n di sebuah bengkel barangan lusuh di Sungai Petani, Kedah.

Unit Komunikasi Strategik, Kementeria­n Pertahanan dalam satu kenyataan kelmarin berkata ia merupakan rangka kosong yang dihantar untuk kerja-kerja pemotongan dan perkara itu dibuat mengikut Pemeriksaa­n Pelupusan aset alih.

“Kerja-kerja pemotongan rangka helikopter itu hanya dapat dilaksanak­an semalam (12 Jun) dan dijangka selesai selewat-lewatnya pada Jumaat ini. Pelupusan rangka helikopter dibuat secara jualan sisa yang dipotong terlebih dahulu manakala komponen mekanikal telah dikeluarka­n serta diserahkan kepada TUDM untuk dibaikpuli­h bagi kegunaan operasi.

“Atas faktor keselamata­n, rangka helikopter berkenaan telah dikeluarka­n daripada Pangkalan Udara Butterwort­h pada Jumaat lepas dan dihantar ke bengkel barang-barang lusuh milik Encik Hamid Yakoob,” kata kenyataan itu.

Gambar helikopter Nuri itu telah menjadi tular di media sosial Ahad lepas dan ia telah menimbulka­n rasa kurang senang di kalangan pihak tertentu serta mencalarka­n imej Kementeria­n Pertahanan serta TUDM.

Selaras dengan pemeriksaa­n pelupusan aset alih yang dilaksanak­an pada 14 Nov lepas kerajaan telah memutuskan untuk melupuskan aset alih kerajaan pesawat itu pada Disember tahun lepas.

Helikopter yang dilupuskan itu telah terlibat dalam kemalangan di Pulau Perak pada Disember 2013 manakala faktor utama pesawat ini dilupuskan adalah kerana rangkapesa­watberkena­antelah mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat digunakan lagi, katanya. -Bernama

 ??  ?? PASANG PELITA: Asmadi Ahmad, 25, menyalakan pelita di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Perasing di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) malam kelmarin. Kira-kira 3,000 pelita raya dipasang di RnR Perasing bagi menarik pengguna lebuh raya menggunaka­n kemudahan...
PASANG PELITA: Asmadi Ahmad, 25, menyalakan pelita di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Perasing di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) malam kelmarin. Kira-kira 3,000 pelita raya dipasang di RnR Perasing bagi menarik pengguna lebuh raya menggunaka­n kemudahan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia