Utusan Borneo (Sabah)

Polis tahan seorang lelaki, rampas bunga api dan mercun lebih RM7,000

-

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki dan merampas pelbagai jenis bunga api dan mercun bernilai lebih RM7,000 dalam serbuan ke atas sebuah kedai runcit di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata penahanan lelaki berusia 27 tahun di Taman Bukit Mutiara di sini pada pukul 10.30 malam itu, adalah hasil risikan pihaknya.

Hasil pemeriksaa­n di kedai itu menemukan 127 kotak mercun dan 95 kotak bunga api pelbagai jenis yang dijual tanpa permit sah daripada pihak berkuasa.

“Rampasan dianggarka­n bernilai lebih RM7,000 dan suspek telah dibawa ke Balai Polis Bandar Dato Onn di sini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya.

Sulaiman berkata individu yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara maksimum selama tujuh bulan atau kedua-duanya sekali. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia