Utusan Borneo (Sabah)

kad raya Budaya bertukar tinggal kenangan

Kad digital jadi pilihan generasi masa kini

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

B UDAYA bertukar kad raya semakin hilang ditelan zaman. Peredaran masa dan kecanggiha­n teknologi menyebabka­n orang ramai beralih kepada penggunaan e-kad atau kad raya digital melalui laman media sosial.

Namun, individu yang lahir pada awal era milineum sehingga generasi yang lahir zaman 90an mempunyai kenangan tersendiri dengan kad raya yang dahulunya dikirim melalui pos mahupun serahan tangan.

Budaya bertukar kad raya sebegitu tidak dirasai oleh Generasi Y pada masa kini yang bergantung sepenuhnya kepada kad raya digital.

Kenangan membeli kad raya dan mengirim kad raya melalui pos seakanakan teringat kembali oleh pekerja swasta, Roslinda Wahab setiap kali berbicara tentang kad raya.

“Walau kad raya yang dibeli dulu hanya berharga RM1.20 untuk lima keping namun, makna yang terselindu­ng di sebalik pemberian kad raya itu amat besar bagi orang yang menerima.

“Saya ingat lagi bila perlu beratur panjang untuk membeli setem di Pejabat Pos untuk mengirim kad raya kepada kawan yang duduk jauh. Kini semua itu hanya tinggal kenangan sahaja. Tiada lagi kiriman kad raya melalui pos yang diterima mahupun dikirim,” katanya.

Katanya budaya bertukartu­kar kad raya hanya tinggal kenangan sahaja. Ia kerana pada ini tiada lagi kad raya yang boleh ditemui di pasaran.

Turut berkongsi kenangan manis tentang kad raya ialah Nor Hazirah Ajamain, 32. Pekerja swasta ini berkata bila menyentuh tentang kad raya, beliau akan teringat kembali zaman persekolah­an yang mana, bertukar kad raya itu sudah jadi satu kemestian.

Dahulu, bila semakin hampir Hari Raya Aidilfitri, beliau bersama rakan lain mula sibuk untuk membeli dan bertukar-tukar kad raya.

“Selepas menerima kad berkenaan, ia akan digantung di dinding ketika menjelang raya. Menariknya, sesetengah orang suka membaca kad yang dilekatkan itu. Ada ketikanya, duit raya turut dilekatkan pada kad raya untuk diberikan kepada kawankawan.

“Kenangan sebegitu sangat menarik jika dikongsika­n dengan anakanak buah yang ada sekarang. Budak zaman sekarang tidak berpeluang mengalami keadaan sebegitu kerana zaman ini semuanya bergantung kepada teknologi digital,” katanya.

Jika dahulu kad raya kartun sering menjadi pilihannya kerana katakata yang tertera dalam kad itu amat menarik dan mempunyai maksud tersendiri.

Bagi Asmawati Aris, budaya bertukar kad raya yang disertakan dengan pantun ‘pecah kaca pecah gelas, lepas baca harap balas’ amat sinonim dengan generasi sepertinya.

Katanya kad raya bukan hanya diberikan kepada rakan karib tetapi juga rakan sekelas lain yang kurang rapat.

“Itulah menariknya tentang budaya bertukar kad raya ini. Kita memulakan kata-kata maaf melalui kad sebelum berkunjung ke rumah mereka ketika Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Ketika zaman sekolah, semua orang berlumbalu­mba untuk mengumpul sebanyak mana kad raya yang boleh sebab ingin melihat siapa yang paling banyak mendapat kad raya.

Paling menarik apabila kad raya yang diterima itu adalah kad mahal yang mempunyai muzik raya. Zaman itu amat indah apabila dikenang semula, jelasnya.

Saya ingat lagi bila perlu beratur panjang untuk membeli setem di Pejabat Pos untuk mengirim kad raya kepada kawan yang duduk jauh. Kini semua itu hanya tinggal kenangan sahaja. Tiada lagi kiriman kad raya melalui pos yang diterima mahupun dikirim. ROSLINDA WAHAB

 ??  ?? NOR HAZIRAH
NOR HAZIRAH
 ??  ?? ASMAWATI
ASMAWATI
 ??  ??
 ??  ?? KAD Raya yang dahulu menjadi trend remaja kini semakin dilupai.
KAD Raya yang dahulu menjadi trend remaja kini semakin dilupai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia