Utusan Borneo (Sabah)

Sayu, sedih menjelang hari raya

Suasana sambutan tidak lagi sama seperti tahuntahun sebelumnya

-

KOTA KINABALU: Perasaan sayu dan sedih tidak dapat dibendung menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma nanti.

Bagi Siti Nor Ain Aiman, 14, dan adiknya Mohammad Adam Ashraf Aiman, 5, sambutan perayaan tahun ini tidak lagi sama seperti tahuntahun sebelumnya.

“Jika tahun lepas kami beraya dengan ibu, pada tahun ini semuanya menjadi kenangan setelah ibu meninggal dunia akibat barah payudarapa­daOktobert­ahun lepas menyusuli ayah yang telah lama meninggalk­an kami,” kata mereka sebak.

Siti Nor Ain diletakkan di bawah jagaan rumah amal apabila kesihatan ibu merosot empat tahun lalu dan sering membawa adiknya untuk tinggal di rumah berkenaan sejak tiga tahun lalu. Bagaimanap­un, setelah kematian ibunya, Mohammad Adam Ashraf tinggal secara tetap pada tahun lepas.

Ketika ditanya mengenai pengalaman berpuasa tahun ini, walau pun sedih, dia gembira kerana dapat bersama adiknya dan rakanrakan menjalani ibadah puasa.

“Alhamdulil­lah, kami dapat berpeluang berbuka puasa di hotel dan turut mendapat duit raya untuk perbelanja­an harian nanti,” katanya penuh ceria.

Ketika ditanya apa yang paling dirindui semasa Hari Raya nanti, gadis kecil ini tiba-tiba bertukar menjadi diam dan hanya air mata yang memberi jawapannya.

Sementara itu, Pengasas Rumah Amal Kasih Nooraishah Ayub turut sama mengalirka­n air mata di sebelah Siti Nor Ain.

“Sayu apabila melihat dugaan mereka ini, tetapi Insyallah saya akan memberikan yang terbaik dan akan menjaga kebajikan mereka.

“Sehingga kini, seramai 25 anak yatim dan asnaf tinggal di Rumah Amal Kasih yang mana dua rumah telah disewa untuk menempatka­n anak-anak lelaki dan satu lagi kepada anak-anak perempuan,” jelasnya.

Nooraishah­memaklumka­n rumah berkenaan memerlukan perbelanja­an sebanyak RM10 ribu sebulan bagi menampung perbelanja­an sekolah dan harian mereka.

“Bagi menampung perbelanja­an harian anakanak ini, kami mengusahak­an perkhidmat­an katering dan menjual nasi lemak selain menerima sumbangan daripada masyarakat.

“Bagi tujuan keselesaan anak-anak ini, pada masa hadapan adalah dicadangka­n untuk membina rumah yang lebih besar dan lebih ramai anak-anak kurang bernasib baik dapat dibela,” katanya kepada media selepas Majlis Berbuka Puasa anjuran Borneo Highway PDP Sdn Bhd (BHP) pada Selasa.

Sementara itu, bagi penghuniRu­mahAnakYat­im dan Asnaf As Sakinah Papar, Muhammad Alif Baduha, 15, dia tidak sabar untuk pulang ke kampungnya di Merontai Besar, Tawau.

“Pastinya, saya tidak sabar untuk pulang berhari raya bersama ibu dan keluarga di Tawau kerana selepas ini saya perlu menumpu perhatiank­epadapeper­iksaan Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3) hujung tahun nanti.

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada Rumah Anak Yatim dan Asnaf As Sakinah kerana banyak membantu menyediaka­n kemudahan kepada saya dan rakan-rakan belajar.

“Kemudahan di rumah lengkap berbanding sekiranya saya tinggal di kampung dan saya amat bersyukur dengan rezeki ini,” ujarnya gembira.

Bagi persiapan menyambut lebaran, pihak Rumah Anak Yatim dan Asnaf As Sakinah telah menyediaka­n dua pasang baju raya kepada Muhammad Alif dan rakanrakan.

Terdahulu, BHP turut menyumbang­kan duit raya kepada 70 anak yatim dan asnaf dari tiga rumah kebajikan serta perlindung­an termasukHO­MEforOrpha­ns Managed by Excellents (Rumah Anak Yatim Tuaran) selain sumbangan RM3,000 kepada rumahrumah berkenaan.

Majlis julung kali diadakan itu dihadiri oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Haji Abdul Rashid Shirlin, Pengarah Jabatan Kerja Raya Datuk Ir Hj Amrullah Kamal, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Datuk Hj Safar Untong dan Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BHP Sdn Bhd Ir Shahelmey Yahya.

Jika tahun lepas kami beraya dengan ibu, pada tahun ini semuanya menjadi kenangan setelah ibu meninggal dunia akibat barah payudara pada Oktober tahun lepas menyusuli ayah yang telah lama meninggalk­an kami.

 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) SEBAHAGIAN daripada anak yatim dan asnaf yang hadir di majlis berbuka puasa pada Selasa. (Gambar kiri) ROSNAH (tujuh kiri) bergambar kenangan bersama anak-anak yatim dan asnaf.
(Gambar atas) SEBAHAGIAN daripada anak yatim dan asnaf yang hadir di majlis berbuka puasa pada Selasa. (Gambar kiri) ROSNAH (tujuh kiri) bergambar kenangan bersama anak-anak yatim dan asnaf.
 ??  ?? ROSNAH (tiga kiri) bersama Shahelmey (tiga kanan) dan Amrullah (kiri) menyampaik­an duit raya kepada anak-anak yatim dan asnaf.
ROSNAH (tiga kiri) bersama Shahelmey (tiga kanan) dan Amrullah (kiri) menyampaik­an duit raya kepada anak-anak yatim dan asnaf.
 ??  ?? (Gambar atas) ROSNAH (tiga kiri), Shahelmey (kanan) dan Amrullah (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Nooraisah (kanan).
(Gambar atas) ROSNAH (tiga kiri), Shahelmey (kanan) dan Amrullah (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Nooraisah (kanan).
 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD ALIF
MUHAMMAD ALIF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia