Utusan Borneo (Sabah)

Tampil kelainan setiap tahun

Bazar Ramadan Indah Permai

- Oleh YAP SIONG HAN

SETIAP kali tibanya bulan puasa, rakyat Malaysia berbilang kaum dan keturunan sangat bertuah kerana pada bulan ini sahaja Bazar Ramadan akan dibuka di merata-rata tempat untuk memberikan peluang kepada semua masyarakat yang berpuasa mahu pun yang tidak mencari segala juadah berbuka puasa.

Inilah keseronoka­n bagi rakyat Malaysia khususnya di Sabah untuk turun ke bazar Ramadan, tidak kira ia terletak di kawasan perumahan, masjid atau pun pusat bandar untuk mencari hidangan makanan serta minuman kegemaran masingmasi­ng.

Bazar Ramadan Indah Permai sebagai contoh, menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman setiap hari sepanjang Ramadan ini. Makanan laut, kuih muih atau minuman yang jarang kelihatan pastinya boleh ditemui di bazar yang diadakan sekali dalam setahun ini.

Seorang bekas kakitangan kerajaan, Jafizan Mohd Pilus, 44, yang mengusahak­an Ayam Golek Meletop

berkata gerai yang dibuka di Indah Permai itu adalah satu-satunya gerai seumpamany­a.

“Ramuan ayam panggang ini adalah rahsia dan hanya disediakan oleh chef kami dari salah sebuah hotel di sini. Dialah yang memerap semua ayam untuk dipanggang ini.

“Untuk seekor, kami menjual pada harga RM28 manakala setengah mengutamak­an perkhidmat­an pelanggan, di mana dia dan rakannya akan memastikan ayam yang dijual sudah masak sepenuhnya bagi memuaskan hati pelanggan.

Menurutnya dalam sehari, hasil jualan boleh mencecah 35 sehingga 40 ekor ayam dan ia adalah satu pencapaian yang sangat baik.

Sementara itu, Mohd Ezron Mohd Isha, 22, memilih untuk menjual minuman pada bazar kali ini. Minuman yang menjadi pilihan orang ramai adalah air tebu.

“Kita mampu menjual sebotol besar pada harga RM5 dan botol kecil RM2, memandangk­an tebu ini adalah ditanam sendiri.

campuran sebarang bahan kimia dan ia minuman yang sihat.

“Dalam sehari, kita mampu jual dari 20 sehingga 30 botol air tebu (botol besar dan kecil),” katanya.

Sementara, Mohd Atan Ahmad, 37, mengusahak­an gerai Ayam Bakar Bamboo Atan yang mana sos yang digunakan adalah buatan sendiri.

Katanya perniagaan yang telah diusahakan selama tiga tahun itu mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai.

“Saya dan rakan saya Mohd Fazlei Poiei, 43, bersamasam­a menjalanka­n perniagaan di sini sempena bazar tahun ini.

“Perniagaan ini akan diteruskan memandangk­an ramai pelanggan kembali untuk mencari ayam bakar bamboo ini. Selain itu, saya juga menjual pulut panggang atan,” katanya.

Menurutnya cara penyediaan makanan itu adalah lebih tradisiona­l dengan menggunaka­n buluh atau bambu yang dicari sendiri.

Beliau yang berasal dari Selangor berkata idea masakan itu dibawa dari negeri asalnya ke Sabah memandangk­an kurangnya resepi seumpamany­a di sini.

“Dalam sehari, kita mampu menjual sehingga 80 cucuk. Daging ayam ini adalah lebih lembut dan mempunyai rasa pedas manis,” katanya.

Boleh disimpulka­n bahawa para peniaga dan penjaja di Bazar Ramadan Indah Permai sedaya-upaya menyediaka­n juadah berbuka puasa lain dari yang lain.

Memandangk­an penulis sudah beberapa tahun datang ke Indah Ppermai untuk merencanak­an bazar Ramadan di sini, boleh dikatakan makanan dan minuman yang dijual di bazar ini sentiasa berbeza dari tahun ke tahun.

Perbezaan atau kelainan yang dibawakan oleh para peniaga bazar inilah yang menjadi daya tarikan utama buat orang ramai tidak mengira agama dan bangsa, yang datang beramai-ramai mencari makanan yang jarang ditemui.

“Ramuan

ayam panggang ini adalah rahsia dan hanya disediakan oleh chef kami dari salah sebuah hotel di sini. Dialah yang memerap semua ayam untuk dipanggang ini.

 ??  ??
 ??  ?? RAMAI pelanggan datang ke gerai Jafizan untuk membeli Ayam Golek Meletop. (gambar kanan) BAZAR Ramadan Indah Permai yang sesak orang ramai.
RAMAI pelanggan datang ke gerai Jafizan untuk membeli Ayam Golek Meletop. (gambar kanan) BAZAR Ramadan Indah Permai yang sesak orang ramai.
 ??  ?? AYAM BAKAR BAMBOO ATAN FAZLEI sedang memanggang Ayam Bakar Bamboo Atan.
AYAM BAKAR BAMBOO ATAN FAZLEI sedang memanggang Ayam Bakar Bamboo Atan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? EZRON
EZRON
 ??  ?? JAFIZAN
JAFIZAN
 ??  ?? ATAN
ATAN
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA makanan lain yang menjadi tumpuan orang ramai.
ANTARA makanan lain yang menjadi tumpuan orang ramai.
 ??  ?? PELANGGAN yang datang untuk membeli air tebu.
PELANGGAN yang datang untuk membeli air tebu.
 ??  ?? PROSES mengeluark­an air tebu dilakukan sendiri.
PROSES mengeluark­an air tebu dilakukan sendiri.
 ??  ?? AYAM Golek Meletop yang sedia dijual.
AYAM Golek Meletop yang sedia dijual.
 ??  ?? WARNA-WARNI minuman yang dijual.
WARNA-WARNI minuman yang dijual.
 ??  ?? AIR tebu yang dijual.
AIR tebu yang dijual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia