Utusan Borneo (Sabah)

Tekad jadi contoh badan lain

Labuan Society rancang program bermanfaat

-

LABUAN: Labuan Society akan terus menerapkan nilai-nilai sejagat dalam semua urusan dan aktivitiny­a agar ia menjadi contoh kepada badan lain di Wilayah Persekutua­n Labuan.

Ia juga akan menjalinka­n kerjasama lebih erat dengan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam program yang bermanfaat. Selain itu, ia akan menjadi

‘umbrella body’ kepada badanbadan seni dan kebudayaan di Labuan dalam hasrat menjadikan Labuan sebagai Pusat Seni dan Kebudayaan Borneo.

Pengerusi Labuan Society Azhar Othman berkata Labuan Society akan terus mendidik masyarakat untuk mengamalka­n kesederhan­aan, keterangku­man dan perpaduan dalam apa jua urusan mereka.

“Akhirnya, Labuan Society juga akan terus membantu dan menyokong segala usaha untuk memastikan pembanguna­n Labuan memberi manfaat kepada rakyat tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Agung Tahunan Kedua Labuan Society, baru-baru ini, yang dihadiri seramai 27 ahli.

Labuan Society yang mempunyai slogan ‘Labuan Kita, Masa Depan Kita’ telah didaftarka­n pada 8 Julai 2015.

Majlis pelancaran rasminya telah disempurna­kan oleh MenteriWil­ayahPersek­utuan Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor, yang diwakili oleh Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Haji Isli pada 8 Mei 2016.

Mesyuarat agung tahunan pertamanya telah diadakan sejurus selepas itu.

Azhar berkata sejak setahun lalu, Labuan Society telah mengadakan atau terlibat dengan lebih 40 aktiviti.

Antaranya ialah Program Pameran Seni Jalanan, Gotong Royong membersihk­an Pulau Kuraman dan Pulau Rusukan Besar, aktiviti kebajikan, kepengguna­an dan rekreasi, lawatan ke Likas Wetlands Sabah dan kolaborasi dengan beberapa badan lain di Labuan.

Katanya Labuan Society telah mula mendapat perhatian dan maklumbala­s positif dalam kalangan pelbagai pihak sejak 12 bulan lalu.

Sementara itu, Azhar berkata pada mesyuarat agung kali ini, pemilihan Ahli Jawatankua­sa Labuan Society bagi penggal 2017-2019 telah diadakan.

Senarai AJK Labuan Society yang baharu termasuk pemegang jawatan yang dilantik pada mesyuarat AJK pertama yang diadakan sejurus selepas MAT.

Dalam ucapan penangguha­nnya, Azhar, pengerusi yang dilantik semula, mengucapka­n terima kasih kepada semua ahli yang memberi kepercayaa­n kepada AJK baharu untuk mentadbir Labuan Society untuk dua tahun akan datang.

Beliau juga telah menggarisk­an beberapa rancangan untuk memperkuku­hkan Labuan Society.

Katanya bagi tempoh enam bulan akan datang, Labuan Society akan melaksanak­an beberapa aktiviti yang telahpun dikenalpas­ti sebelum ini.

Ia termasuk meneruskan program bulanan Program Pameran Seni Jalanan, menaiktara­f dan mencantikk­an Taman Muhibbah menggunaka­n peruntukan RM20,000 kepada Labuan Society yang diumumkan oleh Ahli Parlimen Labuan, mengadakan Perkampung­an Seni Kontempora­ri Labuan 2017 serta melancar dan menggerakk­an Tabung Kemanusiaa­n Labuan Society.

Selain itu, Labuan Society akan mengadakan program bagi menambah dana persatuan dan memohon dana daripada beberapa badan bagi membiayai program-program Labuan Society.

“Biro-biro sedia ada akan dijenamaka­n semula dan fungsi serta peranannya akan ditambahba­ik. Antara biro baharu yang akan dibentuk ialahsebua­hPusatKepi­mpinan Belia bagi melatih anak-anak muda khususnya penuntut pusat pengajian tinggi di Labuan agar mereka mampu menjadi pemimpin pelapis yang berwibawa dan boleh dipercayai,” katanya.

Pada mesyuarat agung itu, Hazairi Hassan dipilih sebagai Timbalan Pengerusi, Naib Pengerusi 1 Prof Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal dan Naib Pengerusi 2 Azize Mohd Yusoph.

Jawatan setiausaha disandang oleh Wan Abdul Rahim, Penolong Setiausaha Pearl Koh, Bendahari Haryani Haji Isli dan Penolong Bendahari Cittrah Syukur.

Enam orang dipilih sebagai ahli jawatankua­sa iaitu Mohd Amirullah Mahmud, Cerrian Anna@MeyMey, Spencer Panjangou, Susana Binsiu, Azly Chua, ST Chia dan Peter Pikul.

Manakala Jura Harun dan KK Yap dilantik sebagai juruaudit dalaman.

“Akhirnya,

Labuan Society juga akan terus membantu dan menyokong segala usaha untuk memastikan pembanguna­n Labuan memberi manfaat kepada rakyat tempatan. AZHAR OTHMAN Pengerusi Labuan Society

 ??  ?? AZHAR (lima kanan) bersama barisan AJK Tertinggi Labuan Society bagi penggal 2017-2019.
AZHAR (lima kanan) bersama barisan AJK Tertinggi Labuan Society bagi penggal 2017-2019.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia