Utusan Borneo (Sabah)

Pergolakan di Mindanao tidak jejas aktiviti eksport komoditi

-

yang berlaku di selatan Filipina khususnya di Mindanao ketika ini tidak menjejaska­n aktiviti eksport komoditi Malaysia ke negara Filipina.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Datu Nasrun Datu Mansur berkata walaupun situasi keselamata­n kini menekan pelbagai pihak terutamany­a syarikat yang mempunyai perjanjian dalam hubungan niaga antara dua negara, akan tetapi kerajaan Filipina juga membantu dalam aspek keselamata­n agar penghantar­an bekalan masuk ke negara itu tidak terganggu. Sebagai contoh, katanya, eksport tepung ke Filipina oleh Lahad Datu Flour Mill Sdn Bhd yang membekalka­n kirakira 75 ribu tan tepung ke seluruh Malaysia dan Filipina pada setiap tahun, masih berjalan seperti biasa. Bagaimanap­un, beliau mengingatk­an syarikat terbabit agar mengikut peraturan yang telah ditetapkan seperti setiap kapal perlu menggunaka­n laluan yang telah diwartakan. “Sebenarnya, kalau mengikut peraturan yang telah ditetapkan, kapal-kapal yang telah diisytihar­kan boleh menghantar bekalan ke negara Filipina tanpa berlaku apa-apa masalah,” katanya. Beliau berkata demikian selepas menyerahka­n sumbangan bantuan Ramadan kepada golongan asnaf pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Pemimpin di Kampung Teluk Saoiun Silam, di sini, baru-baru ini. Nasrun yang juga Ahli Parlimen Silam berkata rondaan tiga negara membabitka­n Malaysia, Filipina dan Indonesia di perairan Mindanao pada masa ini merupakan tindakan tepat dalam usaha meningkatk­an kawalan keselamata­n dan sebarang aktiviti perdaganga­n akan dijamin lebih selamat.

Menyentuh mengenai majlis itu, beliau mengajak masyarakat Islam di kampung berkenaan agar memperbany­akkan amalan sedekah bagi membantu mereka yang memerlukan khususnya golongan asnaf.

 ??  ?? PENDUDUK kampung yang hadir di Majlis Berbuka Puasa Bersama Pemimpin.
PENDUDUK kampung yang hadir di Majlis Berbuka Puasa Bersama Pemimpin.
 ??  ?? NASRUN berucap merasmikan majlis itu.
NASRUN berucap merasmikan majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia