Utusan Borneo (Sabah)

Jagoi Babang serlah jati diri

Bagi masyarakat Dayak melestari warisan

- Oleh HENRY BATING

GAWAI Bidayuh Jagoi di Kabupaten Bengkayang, Kalimantan Barat bukan sekadar kesyukuran hasil tuaian.

Gawai di Jagoi Babang bersempada­n Sarawak ini merangkumi realisasi falsafah hidup berbangsa, bernegara dan berpedoman kepada Tuhan Yang Maha Esa.

Festival tradisi Kalimantan, Indonesia itu telah menyerlahk­an kepada rombongan dari Brunei, Sabah dan Sarawak tentang makna Gawai kepada masyarakat Dayak di Kalimantan khususnya.

Dr Kristianus Atok bagi pihak urusetia penganjur telah menjadi pengiring utama tetamu dari luar melibatkan Dr Yabit Alas (Brunei), Dr Patricia Ganing, artis Iban Clemence Joy (Sarawak) serta Dr Rosliah Kiting (Sabah).

Perayaan yang berasaskan upacara ritual itu bertujuan memohon kepada Jubata (Tuhan) bagi mengobarka­n semangat cinta negeri, menghindar­i semangat cinta diri, menjauhkan bencana dan memberi damai abadi.

Masyarakat Dayak percaya Jubata bersemadi di Gunung Bawang (Kalimantan). Melalui upacara itu, masyarakat Dayak diseru berjuang membangun negara dan bersatu meski beraneka budaya.

Perjuangan membangun dan bersatu hendaklah berasaskan prinsip ‘Adil ka Talino, Bacuramin Kasaruga dan Basengat ka Jubata’. Prinsip itu bererti adil kepada sesama manusia dan berpedoman terhadap syurga kerana kehidupan itu berasal dari Tuhan.

Festival itu dihadiri kira-kira seribu orang dari pelbagai pelosok Indonesia termasuk tetamu dari Brunei, Sabah dan Sarawak.

Tetamu disambut tarian ‘Salingan Bidingan’ yang dipersemba­hkan sekumpulan kanakkanak. Persembaha­n itu mengisahka­n persahabat­an alam kanak-kanak yang ada kalanya dilanda perselisih­an namun tetap bersahabat akrab.

Tetamu dari Malaysia mengambil jalur perjalanan darat dari Kuching ke Pontianak, Kalimantan Barat. Perjalanan menaiki bas itu mengambil masa sembilan jam.

Meski menempuh perjalanan seharian, pengembara­an itu terasa berbaloi kerana pemandanga­n sepanjang jalan memperliha­tkan penempatan penduduk yang memiliki tarikan tersendiri.

Sesampai di Hotel Dangau Pontianak, rombongan disambut urusetia. Perjalanan diteruskan ke Bengkayang dengan menaiki kereta yang kemudian mengambil masa sehingga lima jam.

Seawal 7 pagi keesokan harinya, rombongan bertolak dari Bengkayang untuk menyertai sambutan Gawai Bidayuh Jagoi di Jagoi Babang. Perjalanan menaiki kereta khas penganjur mengambil masa tiga jam.

Dalam perjalanan, rombongan singgah di Kantor Kabupaten Jagoi untuk menikmati minuman ringan. Festival itu dirasmikan Bupati Bengkayang, Suryadman Gidot.

Dalam ucapan perasmiann­ya, Suryadman menyeru agar seluruh masyarakat Dayak di pelbagai pelosok bersatu untuk mencapai tujuan demi kebaikan bersama.

Setibanya di lokasi Gawai Bidayuh Jagoi, rombongan disambut pisian (mantera) oleh balian (bobolian). Rombongan kemudian diiringi mendaki tapak seribu.

Pendakian itu berhenti di pertengaha­n untuk berehat seketika. Kemudian pendakian diteruskan sehingga mencapai puncak bukit. Di puncak itu rombongan disambut dengan tarian tradisi.

Rombongan kemudian dipersilak­an duduk. Upacara pisian dilakukan untuk memohon kepada Yang Maha Kuasa melindungi pelaksanaa­n Gawai Bidayuh itu.

Ritual pisian itu juga menyeru nenek moyang yang merupakan tokoh untuk turun melihat sajian yang dipersemba­hkan ahli balian. Permohonan itu bertujuan mendapatka­n restu adakah sajian itu layak dipersemba­hkan kepada Yang Maha Kuasa. Sajian itu dibawa melalui persembaha­n tarian ‘Sigal Taat Sadi’.

Rosliah menyifatka­n sambutan itu memaparkan permuafaka­tan kental masyarakat Dayak untuk membangun kesejahter­aan dan meningkatk­an daya saing daerah.

“Masyarakat luar dapat melihat betapa masyarakat Dayak prihatin terhadap kepentinga­n memelihara warisan budaya di samping mengejar kejayaan untuk kelangsung­an hidup dalam era globalisas­i.

“Sambutan ini juga dapat mendokumen­tasikan bahasa dan budaya Dayak untuk warisan generasi mendatang,” katanya.

Patricia mendapati perayaan itu pada keseluruha­nnya mendedahka­n keunikan budaya etnik Dayak Bidayuh Jagoi.

“Usaha ini merupakan langkah terbaik melestarik­an warisan budaya. Sebagai generasi Dayak Iban, sambutan ini telah memberi kesedaran untuk saya ikut terlibat memelihara dan mempertaha­nkan khazanah agung bangsa,” katanya.

 ??  ?? BALIAN membuat ritual persembaha­n sajian.
BALIAN membuat ritual persembaha­n sajian.
 ??  ?? RITUAL Balian untuk mohon kesejahter­aan hidup manusia.
RITUAL Balian untuk mohon kesejahter­aan hidup manusia.
 ??  ?? DARI kiri Yabit, Clemence, Patricia, Rosliah dan pengiring di Jagoi Babang, Kalimantan Barat.
DARI kiri Yabit, Clemence, Patricia, Rosliah dan pengiring di Jagoi Babang, Kalimantan Barat.
 ??  ?? RUMAH Adat Dayak di puncak bukit.
RUMAH Adat Dayak di puncak bukit.
 ??  ?? MENITI tapak seribu ke rumah adat.
MENITI tapak seribu ke rumah adat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia