Utusan Borneo (Sabah)

Taikun hartanah, bekas timbalan pemimpin HK gagal dalam rayuan terakhir

-

Taikun hartanah Hong Kong Thomas Kwok dan bekas timbalan pemimpin Rafael Hui akan menjalani hukuman penjara selepas rayuan terakhir mereka terhadap pensabitan rasuah ditolak semalam.

Kedua-dua tertuduh didapati bersalah atas tuduhan rasuah pada 2014 ekoran perbicaraa­n yang hangat berhubung satu skandal wang tunai untuk bantuan.

Dalam satu penghakima­n bertulis, Mahkamah Rayuan Terakhir memutuskan mereka telah “disabit dengan betul bagi kesalahan konspirasi untuk mengerjaka­n salah laku dalam jawatan awam”.

Kwok diikat jamin sejak Julai lalu sementara menunggu rayuan tetapi kini akan kembali ke penjara.

Hui, bekas ketua setiausaha berusia 69 tahun, merupakan pegawai berpangkat tertinggi dalam sejarah Hong Kong yang didapati bersalah menerima sogokan.

Perbicaraa­n selama tujuh bulan itu berkisar sekitar habuan sebanyak kira-kira HK$34 juta (RM18.9 juta), yang menurut pihak pendakwaan diberikan kepada Hui oleh Kwok dan saudaranya yang juga bilionair Raymond, untuk menjadi “mata dan telinga” mereka dalam kerajaan.

Hui dipenjara selama tujuh setengah tahun pada Disember 2014, manakala Kwok, 65 tahun – yang merupakan pengerusi bersama syarikat hartanah terbesar di Hong Kong, Sun Hung Kai – dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun.

Mereka tewas dalam rayuan pertama pada Februari tahun lepas sebelum mereka membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan Terakhir.

Kes tersebut mengejutka­n bandar raya berkenaan dan memburukka­n lagi kemarahan mengenai hubungan selesa di antara kerajaan dengan perniagaan besar.

Hui, Kwok, Kwan dan Chan akan menjalani hukuman mereka dalam Stanley Prison yang mempunyai kawalan keselamata­n maksimum.

RaymondKwo­kdilepaska­n daripada semua tuduhan sewaktu perbicaraa­n pada 2014.

Penghakima­n menyebut Hui berada dalam “belenggu emas” selepas beliau menerima bayaran sebanyak HK$8.5 juta sejurus sebelum beliau menjadi timbalan pemimpin, ketika ia sudah diketahui bahawa beliau akan memegang jawatan tersebut.

Ia menambah pembayaran itu dibuat untuk memastikan “kecenderun­gan berterusan” oleh Hui kepada syarikat keluarga Kwok.

Hong Kong umumnya dianggap sebagai bebas daripada rasuah. Namun kes-kes baharu di bandar raya China yang separa autonomi itu telah menimbulka­n syak-wasangka oleh orang ramai tentang kaitan di antara pihak berkuasa dengan tokoh perniagaan.

Dalam satu kes rasuah berprofil tinggi berasingan, bekas pemimpin Donald Tsang, yang menamatkan penggalnya dalam keaiban selepas beliau menerima sogokan dari taikun, dijatuhkan hukuman penjara 20 bulan pada Februari lalu selepas satu perbicaraa­n mendapati beliau bersalah atas tuduhan salah laku ketika memegang jawatan.

Hui merupakan ketua setiausaha Tsang dari 2005 hingga 2007.

Tsang, 72 tahun, merupakan pegawai berpangkat tertinggi dalam sejarah Hong Kong yang disabit kesalahan dalam perbicaraa­n jenayah dan dipenjara.

Beliau didapati bersalah atas tuduhan gagal mendedahka­n rancangann­ya untuk menyewa sebuah pangsapuri mewah dari seorang pelabur penting dalam sebuah badan penyiaran, yang kemudian diberi lesen oleh kerajaan ketika beliau masih menjadi pemimpin. — AFP

 ??  ?? DIPENJARA: Kwok diiringi anak perempuann­ya Noelle dan anak lelakinya Adam tiba di Mahkamah Rayuan Terakhir di Hong Kong, semalam. — Gambar Reuters
DIPENJARA: Kwok diiringi anak perempuann­ya Noelle dan anak lelakinya Adam tiba di Mahkamah Rayuan Terakhir di Hong Kong, semalam. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia