Utusan Borneo (Sabah)

Jana ekonomi petani tempatan

Pasar tani terbuka disediakan Fama

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Pasar tani terbuka di tapak tamu bulanan Ranau, kira-kira 1 kilometer dari PekanRanau,yangdisedi­akan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (Fama) daerah, adalah antara usaha murni agensi kerajaan untuk membantu menjana pendapatan para petani tempatan di daerah berkenaan.

Jurucakap Fama daerah, Hasin Abas, 45, memberitah­u seramai 23 peniaga berdaftar dengan Fama manakala lebih 60 lagi peniaga tidak berdaftar yang datang berniaga di situ tanpa mengikut masa tetap.

Mereka yang produk atau hasil pertanian masing-masing datang berniaga di tapak pasar tani itu seawal jam 6 pagi hingga 2 petang setiap hari Rabu.

“Mereka yang datang berniaga di tapak ini adalah para petani dari beberapa kampung di Ranau dan Kundasang.

“Mereka menjual hasil pertanian termasukla­h sayuran segartanah­tinggi,ikanairtaw­ar (kolam) dan ikan sungai, ikan kering (ikan masin) pelbagai gred, udang kering, madu lebah, madu kelulut, belacan, bunga-bungaan hidup, dan banyak lagi pada harga yang berpatutan,” katanya.

Tambahnya pihak Jabatan Perikanan juga turun padang membuat pemantauan harga dan kualiti ikan yang dijual di pasar tani itu.

Pembantu Perikanan Daerah Jackson Padasian yang turut ditemui di pasar itu berkata mereka serius membuat pemantauan harga serta kualiti ikan air tawar yang dijual sekaligus membuat penyeragam­an harga.

“Kita akan pantau ikan air tawar yang dijual bagi mengelakka­n ada peniaga menjual ikan yang tidak bersih, termasuk ikan yang dibom atau dituba, dan juga peniaga yang sengaja mengenakan harga terlalu mahal,” jelasnya.

Beberapa peniaga yang sempat ditamubual berterima kasih kepada pihak Fama kerana menyediaka­n ruang dan peluang kepada para petani memasarkan produk pertanian mereka.

“Inilah lubuk rezeki bagi kami mencari sumber untuk menyara kehidupan keluarga terutama membiayai persekolah­an anak-anak kami,” kata Lucy Banggaron, 50, dari Pekan Nabalu yang menjual pelbagai jenis sayuran dari Kundasang.

Beliau turut disokong oleh Nursikah Tuasang, 53, dari Kg Ruhukon menjual ‘sigup’ dan bandel serta Erim Mail, 62, dari Kg Batu Dual yang

“Mereka

menjual hasil pertanian termasukla­h sayuran segar tanah tinggi, ikan air tawar (kolam) dan ikan sungai, ikan kering (ikan masin) pelbagai gred, udang kering, madu lebah, madu kelulut, belacan, bunga-bungaan hidup, dan banyak lagi pada harga yang berpatutan HASIN ABAS, 45 Jurucakap Fama daerah

menjual pelbagai jenis benih lada putih, terung, betik, lidah buaya dan bunga hidup.

Seorang pengunjung pasar tani Lausin Saddakong, 62, dari Kg Poropot menyifatka­n tapak pasar tani itu sebagai ladang sayuran dan kolam ikan tempat mendapatka­n bekalan bagi mereka yang tidak mempunyai kebun sayuran atau kolam ikan.

“Saya memang pengunjung tetap di sini untuk mendapatka­n keperluan sayuran segar dan ikan,” katanya.

“Kami datang di sini mencari bunga-bungaan hidup,” kata Frorita Chin, 43, dari Kituntul Lama, Evana Hera, 34, dari Kg Sinarut Baru dan Nellyana Biling, 34, dari Bundu Tuhan.

“Bagi kami, inilah ruang untuk mempamer serta menjual pelbagai jenis bunga hidup hasil semaian sendiri selain yang dibeli dari kawankawan,” kata Asnie Zainal, 23, dari Kg Soyod dan Rahima Lunji, 51, dari Kg Gorowot Kundasang.

Dua lagi peniaga sayuran segar, Doloris Ansagu, 44, dari Kg Lembah Permai Kundasang dan Mila Lawa, 40, dari Kg Lagkau yang menjual produk berasaskan tuhau turut berterima kasih kepada pihak Fama kerana menyediaka­n ruang perniagaan kepada warga tani, terutama penduduk tempatan yang datang dari pelbagai pelosok desa di Ranau dan Kundasang.

“Kami mencadangk­an dan memohon pihak pengurusan Fama supaya menyediaka­n bekalan payung sama ada untuk disewa atau sumbangan kepada setiap peniaga yang tidak berkemampu­an,” kata Aminah Amat yang menjual pelbagai jenis kuih-muih.

Dua peniaga beras, Katherin GeIida, 55, dan Betty Kiding, 47, dari Kg Tudangan, dan Jaineh Jalinggann, 58, dari Kg Maracas menjual daun dan anak benih ‘wanihan’, turut mengalu-alukan inisiatif pihak Fama daerah mewujudkan tapak Pasar Tani Fama berkenaan setiap hari Rabu sejak beberapa tahun yang lalu.

Mereka menyifatka­n kemudahan itu sebagai antara usaha kerajaan menerusi agensinya membantu penduduk bumiputera menjana ekonomi keluarga.

 ??  ?? HASIN lebah. (kiri) bersama sebahagian penjual serta pelanggan madu kelulut dan madu
HASIN lebah. (kiri) bersama sebahagian penjual serta pelanggan madu kelulut dan madu
 ??  ?? NELLYANA
NELLYANA
 ??  ?? JAINEH memperliha­tkan daun wanihan dengan anak benih tumbuhan yang digunaakan sebagai pembungkus nasi ‘linopot’.
JAINEH memperliha­tkan daun wanihan dengan anak benih tumbuhan yang digunaakan sebagai pembungkus nasi ‘linopot’.
 ??  ?? MILA menjual pelbagai jenis produk tuhau.
MILA menjual pelbagai jenis produk tuhau.
 ??  ?? ASNIE (kanan) bersama Rahima.
ASNIE (kanan) bersama Rahima.
 ??  ?? KATHERIN (kiri) bersama Betty.
KATHERIN (kiri) bersama Betty.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia