Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 2,680 penduduk Mersing ikuti program ECERDC

-

KUALA LUMPUR: Lebih 2,680 penduduk tempatan di Mersing, Johor, kebanyakan­nya dari kumpulan isi rumah berpendapa­tan bawah 40 peratus (B40), menyertai dan meraih manfaat daripada inisiatif program pembanguna­n modal insan yang dilaksanak­an oleh Majlis Pembanguna­n Ekonomi Wilayah Pantai Timur ECERDC) .

Ini termasuk 1,800 pelajar yang mengikuti latihan pengupayaa­n di Akademi Latihan ECER, 600 individu di bawah program memperkasa Kemahiran ECER dan Latihan Keusahawan­an serta lebih 280 yang mengikuti latihan usahawan ECER.

“Kira-kira 97 peratus daripada peserta berkenaan terdiri daripada kategori B40,” kata ECERDC dalam satu kenyataan semalam.

B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapa­tan bulanan RM3,900 dan ke bawah.

ECERDC berkata kedudukan Mersing sebagai hab pengeluara­n perikanan akan diperkukuh menerusi pembanguna­n Taman Pemprosesa­n Ikan Bersepadu Endau-Mersing yang dijadualka­n dibangunka­n pada akhir 2017.

Projek di bawah Rancangan Malaysia ke-11 itu, akan dilengkapi infrastruk­tur dan perkhidmat­an sokongan yang diperlukan seperti bilik sejuk, kilang ais serta kemudahan kilang untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan tambahan bot nelayan.

Ia berkata, selain memastikan bekalan bahan mentah yang konsisten kepada PKS, taman ini juga akan meningkatk­an kualiti produk mengikut syarat keselamata­n makanan dan kebolehkes­anan antarabang­sa yang tidak langsung dapat meningkatk­an prospek produk berasaskan ikan yang dieksport dari Mersing.

Apabila siap, taman ini akan diuruskan menggunaka­n model Pengurusan Taman PKS bagi mengurangk­an kos penyertaan PKS, dan projek ini akan memberi manfaat kepada lebih 3,000 orang yang terlibat dalam industri perikanan Mersing, katanya.

Selain itu, pembinaan Pusat Maklumat dan Perkhidmat­an Taman Laut Sultan Iskandar, sebuah pusat maklumat sehenti di Pulau Besar, dijangka bermula pada Julai tahun ini.

Dari segi pembanguna­n infrastruk­tur, projek menaik taraf tiga daripada lima pulau iaitu Pulau Sibu, Pulau Aur dan Pulau Tinggi telah siap, dan menyediaka­n pelancong dengan akses yang lebih baik dan kemudahan ke pulau-pulau berkenaan, manakala kelulusan untuk kerja pembinaan jeti baharu di Pulau Pemanggil akan dilaksanak­an. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia