Utusan Borneo (Sabah)

Chubb lancar insurans motor tanpa tarif

-

KUALA LUMPUR: Chubb Insurance Malaysia Bhd (Chubb) melancarka­n ‘MY Car Insurance’, polisi insurans motor yang pertama tanpa tarif, dibangunka­n hasil liberalisa­si insurans permotoran yang dimulakan oleh Bank Negara Malaysia.

Menerusi inisiatif ini, harga produk insurans permotoran akan ditentukan oleh penanggung insurans individu dan pengusaha takaful, yang memberikan mereka fleksibili­ti untuk membangunk­an dan menawarkan pakej produk dan perkhidmat­an insurans motor sesuai dengan bajet pengguna, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Presiden Negara bagi Chubb Malaysia, Steve Crouch berkata ini memberi peluang kepada syarikat itu untuk memacu inovasi dalam penawaran produk bagi memenuhi perubahan dari segi keperluan pengguna.

“Kami menjalanka­n kajian menyeluruh mengenai pengalaman pemandu Malaysia dan menyediaka­n penyelesai­an yang merangkumi semua-dalam-satu jika berlaku kerosakan kenderaan, kemalangan atau banjir,” katanya.

MY Car Insurance disediakan oleh semua ejen Chubb di seluruh negara menerusi rangkaian 23 cawangan dan lebih 2,500 ejen. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia