Utusan Borneo (Sabah)

Jakmas NR meriahkan Ramadan dengan agihan bubur lambuk

-

KOTA KINABALU: Jawatankua­sa Kebajikan Mahasiswa (Jakmas) Non-Resident (NR) melaksanak­an program Agihan Bubur Lambuk kepada pelajar NR Universiti Malaysia Sabah (UMS), baru-baru ini.

Program yang menggabung­kan usaha ahli Jakmas NR dan sekretaria­t itu menyaksika­n kira-kira 150 pelajar bukan residen yang menetap di Apartment Angkasa menerima bubur lambuk, kurma serta air kotak untuk berbuka puasa.

Berbeza dengan pelajar residen, pelajar bukan residen berhadapan cabaran kewangan memandangk­an mereka harus menampung kos sewa dan utiliti rumah masing-masing.

“Memahami kepayahan ini, kami berharap agihan bubur lambuk ini dapat meringanka­n sedikit beban pelajar dalam menghadapi bulan Ramadan ini,“kata Pengarah Program Nur Izdihar Raidah.

Program itu menerima sokongan sepenuhnya daripada Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Ahmadi Nurdin dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Prof Madya Dr Ismail Ali.

Pengetua Non-Resident Norhanieya­ti Norhaizat, selaku ketua Bahagian Perumahan dan Perkhidmat­an, berkata program itu juga membantu para Jakmas NR untuk melakukan jangkauan kepada pelajar bukan residen dan menjelaska­n peranan serta tugas mereka dalam menjaga kebajikan.

Memandangk­an Jakmas NR baharu sahaja bertapak di UMS, pertemuan antara pengetua, Jakmas NR dan pelajar dapat memastikan pembentuka­n hubungan yang padu sekali gus memudahkan proses bantuan dijalankan pada masa hadapan.

Oleh itu, mereka mengucapka­n ribuan terima kasih kepada Ketua Jabatan HEPA dan TNC HEPA atas sokongan yang diberikan.

Agihan bubur lambuk dilakukan di semua 10 blok di Angkasa Apartment dan berakhir pada jam 7.30 malam. Lebihan bubur lambuk dan kurma didermakan kepada jemaah solat tarawih di surau berdekatan.

 ??  ?? PENGAGIHAN bubur lambuk kepada pelajar disampaika­n oleh Norhanieya­ti.
PENGAGIHAN bubur lambuk kepada pelajar disampaika­n oleh Norhanieya­ti.
 ??  ?? JAKMAS NR sedang menyediaka­n bungkusan dan set berbuka puasa.
JAKMAS NR sedang menyediaka­n bungkusan dan set berbuka puasa.
 ??  ?? GAMBAR kenangan Jakmas NR dan sekretaria­t.
GAMBAR kenangan Jakmas NR dan sekretaria­t.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia