Utusan Borneo (Sabah)

26 ahli Kekaumas terima bantuan kebajikan

-

KOTA KINABALU: Majlis penyerahan bantuan kebajikan untuk ahli Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sabah (Kekaumas) yang terpilih telah diadakan di Bilik Seminar Fakulti Kejurutera­an UMS, Selasa lalu.

Penyampaia­n bantuan kebajikan itu disempurna­kan oleh Pemangku Presiden Kekaumas Abdul Jalil Sapli.

Seramai 26 ahli kesatuan layak menerima pelbagai bantuan seperti bantuan ahli bersara, anak ahli mendapat cemerlang, khairat kematian keluarga dan bantuan hospital.

Lima ahli bersara ialah Martubat Jamlan, Sinik Sipangan, Amalina Angkui, Azizah Ismail dan Yaakob Japar.

Bantuan untuk anak cemerlang pula diterima oleh tujuh ahli iaitu Abdul Sofian Abdul Ghani, Siti Jurinah Asmat, Rusli Husin @Hussain, Muyut Yodot, Jideh Jurin, Neever John dan Salmiah Haji Tertif.

Bantuan khairat kematian keluarga pula diberikan kepada 10 penerima iaitu Rosnin Jamnun, Abdul Karim Sani, Fatimah Taim, Tinius Solunda, Hapsah Aman, Pandikar Indar, Sudin Yusop, Shuana Madindy, Doreen @Ruslind Juhan dan Othman Haji Rawi.

Lima orang telah menerima bantuan hospital iaitu Saljie Martah, Epelida Jaumin, Hilda Sagulu, Rohana Kubis dan Faridah Samsudin.

Turut hadir ialah mantan Presiden Kekaumas Amat Jutrah Haji Musnih, Bendahari Kekaumas Rahmat Kasmin, Setiausaha Arnah Haji Sainudin dan Penolong Setiausaha Salmiah Haji Tertip.

Hadir sama, Ketua Biro Kebajikan Kekaumas Danan Haji Masalleh, Zainton Haji Marjan serta ahli exco yang lain terdiri Othman Haji Rawi, Harun Tambiri, Saidin Haji Marjan dan Mohd Faizal Marjus.

Dalam ucapannya, Abdul Jalil meminta semua penerima bantuan agar dapat menggunaka­n bantuan itu dengan sebaik mungkin bagi meringanka­n serba sedikit beban kewangan keluarga terutama bagi mereka yang akan menyambut perayaan Aidilfitri pada tahun ini.

Katanya, ia adalah antara kebaikan yang boleh diperolehi dalam berkesatua­n walaupun bantuan berkenaan tidak dapat memenuhi semua perbelanja­an yang diperlukan.

“Saya meminta semua ahli yang memerlukan bantuan atas agar memaklumka­n kepada pihak kesatuan supaya mereka juga mendapat bantuan seperti yang diterima oleh ahli yang lain,” katanya.

Kekaumas ketika ini mempunyai ahli seramai lebih 600 orang yang terdiri daripada pegawai dari Gred 40 dan ke bawah yang mencarum sebanyak RM5 sebulan termasuk RM3 untuk kebajikan.

Abdul Jalil berkata adalah menjadi harapan kepada semua staf dalam kumpulan pelaksana di UMS supaya segera memohon menjadi ahli kerana memang banyak manfaat yang boleh diperolehi oleh seseorang ahli jika ditimpa musibah diri, keluarga, bantuan hospital dan kecemerlan­gan anak.

 ??  ?? PARA penerima bantuan Tabung Kebajikan Kekaumas merakamkan gambar kenangan bersama Amat Jutrah (tiga kiri) dan Abdul Jalil (dua kiri) serta Exco Kekaumas selepas majlis penyerahan cek.
PARA penerima bantuan Tabung Kebajikan Kekaumas merakamkan gambar kenangan bersama Amat Jutrah (tiga kiri) dan Abdul Jalil (dua kiri) serta Exco Kekaumas selepas majlis penyerahan cek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia