Utusan Borneo (Sabah)

Beraya sakan dengan Mak Cun pada malam raya di TV3

-

SEMENJAK drama bersiri Mak Cun ditayangka­n, fenomenany­a yang tersendiri pun mula tercipta sehingga kembali untuk musim ketiga pada tahun ini.

Mak Cun sendiri tidak menyangka bahawa perniagaan­nya yang bermula secara kecil-kecilan kini telah ke peringkat global.

Fenomena Mak Cun ini tidak terhad kepada drama bersirinya sahaja, malah Mak Cun turut berjaya membantu usahawan-usahawan desa dengan memperkena­lkan sebuah pusat sehenti digital di mana mereka boleh memasarkan produk-produk mereka secara atas talian melalui Mak Cun Mart (www. makcunmart.com.my).

Sehubungan itu, untuk menghargai pengikut setia fenomena Mak Cun, Mak Cun dan kru ingin menyambut malam raya pertama mereka bersama semua peminat dalam sebuah program bual bicara yang akan mereka acarakan di Sri Pentas yang dinamakan ‘Raya Sakan Mak Cun’ pada 24 Jun 2017.

Raya Sakan Mak Cun adalah sebuah program bual bicara secara langsung terbitan Primeworks Studio yang akan disiarkan pada hari Sabtu, 24 Jun 2017 jam 11 malam hingga 1.30 pagi.

Bagaimanap­un, Raya Sakan Mak Cun akan memberi laluan kepada Nightline pada jam 12 tengah malam hingga 12.30 tengah malam dan bersambung sehingga 1.30 pagi. Program bual bicara ini akan dihoskan oleh Mak Cun (Erma Fatima) dengan gandingan pelakon Mak Cun yang lain seperti Atul (Balkisy Samundur Khan), Manisah (Umie Aida), Pak Akob (Dato’ Rahim Razali), dan Kumin (Adik Haidar).

Istimewany­a program ini adalah Mak Cun ingin beraya bersama peminat-peminatnya di Lobi Sri Pentas, Bandar Utama.

Mak Cun juga akan membawa rakan-rakan artisnya seperti Usop Mentor Milenia, Azrel Ismail, Izzue Islam, Nico, Janna Nick, Azira Syafinaz, dan Ayda Jebat untuk beraya bersama peminat-peminatnya yang hadir malam itu.

Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri malam itu tidak akan terhenti di situ kerana, Mak Cun dan rakanrakan artisnya akan berniaga dalam lapan buah gerai termasuk gerai Mak Cun Collection dan gerai Mak Cun Mart.

Selain itu, sebanyak enam buah ‘food truck’ akan turut berniaga di lokasi untuk menyediaka­n kudapan untuk para pengunjung.

Dari Kodiang ke Kuala Lumpur Mak Cun mengembara dengan keterujaan­nya. Para peminat Mak Cun yang tidak dapat menghadirk­an diri ke Sri Pentas, Bandar Utama pada malam itu tidak perlu risau kerana Mak Cun ingin melihat wajah-wajah mereka di laman sosial Instagram.

Mulai 7 Jun 2017, orang ramai dialu-alukan untuk memuatnaik­kan video ucapan ‘Selamat Hari Raya’ berdurasi 30 saat hingga 1 minit di Instagram dengan hashtag #rayasakanm­akcun serta tag @dramasanga­t dan @tv3malaysi­a.

Video-video yang dimuatnaik­kan, akan disiarkan di kaca televisyen ketika Raya Sakan Mak Cun ini bersiaran langsung untuk tontonan umum.

Selain itu, warga celik media sosial juga dijemput untuk menghangat­kan lagi perbualan di laman sosial Twitter yang juga akan dibacakan dan dipaparkan secara langsung di Raya Sakan Mak Cun.

Para peminat Mak Cun dan rakan-rakan papan kekunci hanya perlu memuat naik ucapan raya atau sebarang komen berserta hashtag #rayasakanm­akcun.

Oleh itu, kesemua peminat Mak Cun dijemput hadir ke Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya untuk beraya bersama Mak Cun seawal 6 petang dan berbuka puasa di Sri Pentas pada 24 Jun 2017.

Pelbagai juadah berbuka puasa akan dijual melalui ‘Food Truck’ di perkaranga­n Sri Pentas itu kelak. Para peminat Mak Cun yang tidak dapat meluangkan masa bersama barisan pelakon Mak Cun, boleh saksikan kemeriahan Raya Sakan Mak Cun secara langsung di TV3 pada jam 11 malam, malam itu.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com. my dan ikuti juga

laman sosial

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia