Utusan Borneo (Sabah)

Bazar Terima Kasih TV3 & TV9 di Angsana Johor Bahru Mall meriah

-

ACARA padang Bazar Terima Kasih (BTK) anjuran Media Prima di lokasi kedua dan terakhir untuk tahun ini yang diadakan perkaranga­n Angsana Johor Bahru Mall pada minggu lalu telah berlangsun­g dengan meriahnya. Seawal jam 3 petang, orang ramai sudah mula memenuhi tapak Bazar Terima Kasih walaupun cuaca hujan.

Mereka teruja untuk menemui barisan duta Terima Kasih yang hadir iaitu Ayda Jebat, Elfira Loy, Mira Filzah, Redza Rosli, Aizat Amdan, dan Faizal Tahir. Ada juga yang datang dari Singapura sematamata mahu menemui artis kesayangan mereka.

Turut serta selain duta Terima Kasih di BTK Johor kali ini adalah para pelakon dan selebriti iaitu Nina Iskandar, Nazeera Sardi, Wan Sharmila, Erma Fatima, Sabhi Sadhi, Riz Amin, Afzan, Mustaqim Bahadon, Annie Ariffin, Chef Fikree, Chef Naem, Wanns Ahmad, Da’i Syed, Da’i Azam dan Talha Harith yang menyinari rancangan sepanjang bulan Ramadan di TV3 & TV9.

Mereka menjual pelbagai juadah seperti Kambing Golek, Nasi Beriyani, Sate, Rojak Buah, Air Katira dan bermacam lagi juadah yang disediakan khas untuk para pengunjung.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Kamal Khalid, “Alhamdulil­lah, untuk lokasi terakhir ini, acara padang Bazar Terima Kasih di Johor Bahru menerima sambutan yang sangat hebat oleh para pengunjung yang hadir. Kami amat berterima kasih atas sokongan orang ramai yang tetap hadir walaupun cuaca kurang baik pada hari itu. Hasil sumbangan orang ramai, kami telah berjaya mengumpul hampir RM6,000 untuk Tabung Bersamamu.”

“MPTN turut meraikan anak-anak dari Pusat Kebajikan Asrama ArRayyan yang dijemput untuk berbuka puasa bersama para duta dan selebriti terlibat. Bagi menceriaka­n lagi sambutan hari raya yang bakal tiba, kami turut memberi sumbangan duit raya dan barangan cenderahat­i kempen Terima Kasih kami,” tambah beliau.

Selain itu, Skuad Terima Kasih juga meneruskan misi bersama Duta Skuad Terima Kasih iaitu Fakhrul Radhi, Fiza Sabjahan, Uyaina Arshad dan Zainal Ariffin yang telahpun menyertai penghuni PENGASIH Muar untuk sama-sama memasak Mee Kari Muar dan diagihkan kepada masjid berhampira­n.

Sebahagian lagi telah dijual di BTK oleh Persatuan Orang Pekak Johor dan telah mengumpul hampir RM2,000 bagi dana Skuad Terima Kasih.

BTK turut dimeriahka­n lagi oleh tonton yang turut membawa pelakon Shazuwan Hasan manakala Media Prima Digital disertai oleh pengacara Jalan-Jalan Cari Makan, Nazrudin Habibur Rahman bagi memeriahka­n lagi gerai mereka.

Bazar Terima Kasih turut disertai oleh Harian Metro, F&N Fun Flavours, Lazada, Lifebuoy dan Suruhanjay­a Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang menyediaka­n pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjung.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www. tv3.com.my, www.tv9. com.my dan juga www. tonton.com.my. Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube TV3Malaysi­a dan TV9Malaysi­a untuk berita dan informasi terkini mengenai kempen Terima Kasih.

Hangatkan perbualan di laman sosial dengan menggunaka­n hashtag #TerimaKasi­h.

 ??  ?? DUTA BTK 2017: Barisan duta dan pengunjung bazar di Angsana JB Mall baru-baru ini.
DUTA BTK 2017: Barisan duta dan pengunjung bazar di Angsana JB Mall baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia