Utusan Borneo (Sabah)

Polis terus kuat kuasa Ops Lusuh

Pemeriksaa­n bersama telco ke atas pengedar barang terpakai dipergiat

-

“Pemeriksaa­n ke atas pengedar barangbara­ng terpakai akan terus dipergiat dan lesen mereka yang melanggar peraturan akan disyor untuk dibatalkan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak DATUK DEV KUMAR

KUCHING: Polis Sarawak, dengan bantuan syarikatsy­arikat penyedia telekomuni­kasi dan pembekal elektrik akan terus menguatkua­sakan Ops Lusuh bagi membendung kes kecurian kabel dan peralatan komunikasi di negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, pemeriksaa­n ke atas pengedar barang-barang terpakai akan terus dipergiat dan lesen mereka yang melanggar peraturan akan disyor untuk dibatalkan.

Jelasnya, perkara itu adalah antara perkara dibincangk­an pada mesyuarat dipengerus­ikan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor semalam bersama Syarikat SESCo Berhad, SACOFA Sdn Bhd, Telekom Malaysia (TM), Celcom, Maxis, DiGi dan Umobile. “Mesyuarat itu diadakan un t u k me m b i n c a n g k a n kecurian yang berleluasa kabel dan peralatan telekomuni­kasi yang telah menyebabka­n kebimbanga­n kepada syarikat-syarikat,” katanya pada kenyataan media, pada Selasa.

Dev berkata, pelbagai isu berkaitan keselamata­n dan penguatkua­saan turut dibangkitk­an oleh kedua-dua pihak.

Menurutnya, keduadua pihak bersetuju untuk bekerjasam­a dan berkongsi maklumat, dengan matlamat bersamaunt­ukmenguran­gkan kecurian dan kerosakan kepada pemasangan.

“Datuk Mazlan turut bersetuju untuk mengadakan mesyuarat bersama syarikatsy­arikat selama dua kali setahun bagi membuat susulan terhadap isu-isu dibangkitk­an,” katanya.

 ??  ?? MAZLAN (tengah) mempengeru­sikan mesyuarat bagi menangani kes kecurian kabel dan peralatan telekomuni­kasi bersama pembekal elektrik dan penyedia telekomuni­kasi di Sarawak. Turut kelihatan Dev (kiri).
MAZLAN (tengah) mempengeru­sikan mesyuarat bagi menangani kes kecurian kabel dan peralatan telekomuni­kasi bersama pembekal elektrik dan penyedia telekomuni­kasi di Sarawak. Turut kelihatan Dev (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia