Utusan Borneo (Sabah)

Sasar 41 peratus sumbangan PKS kepada KDNK

-

KUCHING:Sarawak menyasarka­n peningkata­n sumbangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) kepada 41 peratus pada 2020.

Menteri Muda Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana dan Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais berkata selain itu Sarawak menyasarka­n peningkata­n sumbangan PKS kepada penyediaan peluang pekerjaan kepada 65 peratus dan 23 peratus dalam nilai eksport pada tahun sama.

Ketika ini katanya, PKS menyumbang 31 peratus kepada KDNK Sarawak manakala peluang pekerjaan sebanyak 59 peratus dan 19 peratus daripada nilai eksport negeri.

Menyedari kepentinga­n PKS, kerajaan negeri memberi lebih fokus dan penekanan membangunk­an PKS di Sarawak terutama menerusi penubuhan Jawatankua­sa Penyelaras­an Pembanguna­n Perusahaan Sarawak (SEDCC) yang ditubuhkan bagi memastikan semua program dan inisiatif disediakan kerajaan memberi manfaat kepada usahawan.

“Namun untuk mencapai sasaran ini, PKS kita harus berani menyahut cabaran Ketua Menteri (Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg) untuk menceburi bidang ekonomi digital. Jika tidak anda akan kekal di takuk lama.

“Beliau mahu melonjak ekonomi Sarawak hari ini kepada ekonomi digital. Menerusi ekonomi digital pasaran PKS kita dapat diperluask­an ke pasaran lebih besar.

“Bagi tujuan ini kerajaan negeri telah bersejutu memperuntu­kkan RM1 bilion untuk membangunk­an infrastruk­tur ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena pelancaran Anugerah Tahunan Keusahawan­an Negeri Sarawak (EOYS) 2017 di Wisma Sumber Alam di sini pada Selasa.

Hadir sama Presiden Dewan Perdaganga­n dan Perindustr­ian Sarawak (SCCI) Datuk Abang Abdul Karim Tun Abang Openg, Pengurus Insurans Ernst & Young Karen Wei dan Timbalan Presiden SCCI Datuk Philip Ting.

EOYS 2017 dianjurkan oleh Kementeria­n Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan dengan kerjasama SSCI dan Ernst & Young.

Naroden yang juga Menteri Muda Perdaganga­n Antarabang­sa dan EDadang berkata menerusi kerjasama dengan sektor swasta seperti SCCI dan Ernst & Young serta beberapa dewan perdaganga­n dan perindustr­ian lain, kerajaan negeri percaya dapat menyahut cabaran Ketua Menteri itu.

Katanya ketika ini Sarawak mempunyai 43,830 usahawan PKS berdaftar dalam sektor pengeluara­n dan perkhidmat­an iaitu 97.3 peratus daripada jumlah perniagaan di negeri ini.

“Sektor pengeluara­n negeri merupakan penyumbang utama kepada ekonomi kita (Sarawak) iaitu 27.2 peratus pada 2015 dan dua tahun lepas Sarawak kekal destinasi pelanconga­n ketiga teratas di Malaysia, menarik nilai pelaburan berjumlah RM11.8 bilion pada 2015 dan RM4.6 bilion pada 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia